Follow Us @seri.mahani

Jan 21, 2014

Jobless.

8:36 AM 0 Comments
Pagi ni rasa macam nak tulis entry..tapi kadang idea tuh susah sangat nak datang..duk umah kan,subuh bangun tuh automatik dalam kepala nak buat itu ini itu ini..

Alhamdulillah..dalam tak sedar dah hampir setahun PS amik keputusan taknak bekerja..indecisive at first tp PS yakin rezeki Allah sentiasa ada..

Ingat lagi bulan Oktober 2012,bila doktor mengesahkn emran mengalami masalah perkembangan..masa tu jugak rasanya nak hantar surat resign..tp memikirkan komitmen,gagah juga bersemuka dgn boss bercerita hal sebenar..seorang boss yg sangat memahami,PS dibenarkan bekerja dari rumah.

Kadang kita tak pernah terfikir apa akan terjadi walaupun kadang tak bersedia..namun perancangan Allah adalah sebaik2nya perancangan utk hambanya.

2-3bulan PS bercuti dan bekerja dari rumah..memang prestasi kerja tu dh hilang sama sekali..takleh nak fokus..digemparkan lagi dengan berita syarikat tempat bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan..walaupun terkejut pada mulanya,tapi sebagai pekerja PS kena akur..

This is the right time..just stay at home..jaga anak2..Alhamdulillah Allah kabulkan doa..walaupun dlm cara yg tak disangka..

Lahir dlm keadaan keluarga yg serba sederhana..usaha sendiri dan berdikari mmg dah diterapkn dari kecil..selepas je graduate terus cari kerja sementara..tak bercuti lgsg..jadi bayangkanlah bagaimana rasanya tiba-tiba tidak bekerja..memang kekok pada awalnya.

Bersedia..bila sebenarnya kita bersedia??

Pada 2012,PS dah mula carik side income buat biz..ntah kenapa rasa ingin mencari sesuatu..dipertemukan dengan cikcida mmg adalah jodoh terbaik yg Allah tentukan..mungkin inilah persediaan awal PS..we never know what will happen kan??

February 2013.
Menukar kerjaya..dari seorg used to be QA engineer kpd stay at home mom while doing online biz..wahhh pjg sket pangkat..

Alhamdulillah.setahun berlalu.
Benarlah perancangan Allah adalah sebaik2nya..i really love what am doing right now..jaga anak-anak depan mata ..biz doing well..sabar..the only word that keep me strong until today.

Semoga hari-hari mendatang lebih baik untuk PS dan keluarga dan juga kepada semua..

When youre thinking of changing..just do it..n do it NOW!!because there is always later will be NEVER!!

puanseri
rumah no.1

Jan 10, 2014

Majlis Ulangtahun Ke-21

9:00 AM 0 Comments
Majlis Ulangtahun syarikat adalah majlis penutup bagi event sepanjang tahun. Selain meraikan ulangtahun penubuhan syarikat, ia juga adalah majlis berprestij bagi meraikan highest achiever yang berpangkat Crown Diamond Manager bagi tahun 2013.

Ini adalah kali pertama PS menghadiri majlis MUT ni..yang bertambah excited sebab nak meraikan my dearest bff/mentor CDM Cikcida.

Beautiful CikCida wearing RizmanRuzaini

Seramai 6orang CDM dibawah GLAM diraikan pada MUT kali ini..right after MUT, kesemua CDM diraikan pula pada private function di Marriot Putrajaya (will update the full story for next entry).


LtoR: CDM Adibah, CDM Naa, CDM Roslida, CDM Shaliza, CDM Naemah, CDM Hanis, CDM Razali, CDM Syukran, CDM Cikcida, CDM Nurul, CDM Faziha dan CDM Sha.

InsyAllah for the next MUT22, i will be one of CDM..aamin..will work for it!!azam 2014..nak capai pangkat tertinggi secepat mungkin..so boleh berangan nak vogue the vass macam CDM kat GLAM..melaram habis. 

Enjoy some piccas during MUT 21..me first time wearing dress from Variante..rasa kekok sungguh berpakaian begitu..hehe




Tak banyak gambar ambil pun masa MUT ni..have to go Marriot Putrajaya earlier sebab dah ditugaskan untuk menjaga front desk Glam Dinner malam tuh. 

Most awaiting moment..tengok cikcida amik award dan berjalan sambil melambaikan tangan..rasa meremang-remang je tengok..saat paling indah dia cakap..penat lelah tak sampai 2tahun sangat berbaloi..




Semasa majlis berlangsung, syarikat juga telah melancarkan satu produk baru iaitu Premium Beautiful Elegance selepas lebih 20 tahun kekal dengan Premium Beautiful yang sekarang dikenali dengan Premium Beautiful Classic. Pelancaran produk baru ini bukan untuk menggantikan PB yang sedia ada, ianya adalah untuk memenuhi permintaan pengguna-pengguna yang telah lama menggunakan PB Classic untuk mengekalkan bentuk badan yang mereka idamkan.

Pelancaran PB Elegance ini telah digayakan oleh model antarabangsa Dani Maia. Produk details mengenai PB Elegance akan PS tulis for next entry.



Lama dah tak update entry ni rasa kekok lak penulisan..macam apa je..sorry readers..thanks for dropping by.

puanseri
0163223094.

Kaedah Mencari WORK LIFE BALANCE

2:09 AM 0 Comments
 


Di antara amalan untuk yang baru atau dah lama kahwin:


  1. Jaga SOLAT dengan sempurna.
  2. Bangun tidur terus SENYUM dan berdoa untuk dapat kebaikan dunia dan akhirat.
  3. Jika sempat, sarapan bersama.
  4. PELUK pasangan sebelum pergi kerja dan bukan sekadar bersalaman.
  5. Lakukan kerja dengan terbaik dan ikhlas agar dapat rezeki yag berkat dan bahagia rumahtangga.
  6. Sebelum balik kerja, programkan minda dengan sebut dalam hati; "Ya Allah, aku bersyukur dapat bekerja dengan terbaik hari ini. Aku serahkan kerja dan diri ku kepada Mu ya Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tidak penat, bahagia berjumpa pasangan/keluarga dan mudah membantu kerja rumah."
  7. Baca Bismillah , surah Al Ikhlas, senyum, beri salam dan melangkah kaki kanan dulu apabila masuk ke rumah.
  8. Peluk pasangan dan tanya khabar.
  9. Buat kerja rumah bersama - suami isteri sama-sama kerja, sama-sama penat, memang Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah: masak, berkemas, mencuci etc.
  10. Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid).
  11. BERBUAL dan dengari pasangan. Isteri memang suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dengan sayang dan empati. TAK PERLU BERI NASIHAT, sebab isteri cuma nak lepaskan tension dengan bercerita. RAMAI SUAMI YANG TIDAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa dan terbiar.
  12. Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tangan dan bermaafan.
  13. Pagar diri dengan AlFatihah, ayat Kursi dan 3Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan kecuali tapak kaki dan kemaluan.
  14. Programkan minda agar esok jika panjang umur agar lebih positif, ceria, bersemangat dan lebih baik daripada hari ini.
  15. Sentiasa berdoa dan tawakkal kepada Allah.