Follow Us @seri.mahani

Dec 31, 2014

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN SELEPAS BANJIR

10:00 AM 0 Comments


AWAS!!
RISIKO RENJATAN ELEKTRIK, HAIWAN BERBAHAYA, RUNTUHAN DAN LANTAI LICIN 


1. Lakukan pemeriksaan di dalam rumah bagi memastikan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular, lipan atau kala jengkin tidak menjadi ancaman kepada anda dan ahli keluarga. Periksa tempat-tempat yang mungkin boleh menjadi tempat pesembunyian haiwan-haiwan tersebut seperti dibelakang almari, kerusi atau kabinet dan lain-lain. 

2. Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan elektrik terutamanya jika air masih ada.

3. Pastikan keadaan struktur rumah selamat bagi mengelakkan kecederaan akibat objek terjatuh semasa berada di dalam rumah. Lantai tile adalah sangat licin bila terendam air dan ditumbuhi kulat. Hati-hati bagi mengelakkan terjatuh dan cedera.


AWAS!! 
RISIKO JANGKITAN KUMAN: Air dan tanah yang dibawa banjir mungkin mengandungi pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kulat juga akan tumbuh dengan cepat pada dinding, lantai dan perabut rumah. 


Oleh itu;

~ Pakai alat perlindungan diri seperti boot dan sarung tangan getah terutama jika terdapat luka-luka kecil pada kaki dan tangan.

~ Pakai topeng muka (mask) dan goggles bagi mengelakkan bahan kotoran tidak memasuki saluran pernafasan dan mata semasa aktiviti pencucian

~ Buka semua tingkap bagi memastikan peredaran udara yang baik sebelum melakukan aktiviti pencucian di dalam rumah. 


ELAKKAN: 

~ Bersentuhan langsung dengan bahan-bahan kotoran dan juga perabut rumah seperti sofa yang ditenggelam air terutamanya jika ada luka-luka kecil ditangan. Sila pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.

~ Kanak-kanak bermain/berada di dalam kawasan rumah yang hendak dicuci.

~Buang karpet atau bahan seumpamanya yang ditenggelami air banjir kerana ia berpotensi memerangkap bahan kotoran dan bakteria dalam jumlah yang tinggi. Ia mungkin boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda. 

~Simbah semua permukaan lantai dan dinding dengan air bagi membuang kotoran. Kemudian basuh dengan menggunakan air yang dicampur bahan pembasmi kuman seperti klorox atau bahan pencuci detergent. Ini bagi membasmi kuman-kuman dan juga mencegah kulat (mold) dari tumbuh. Klorox boleh dicampur dengan kuantiti 5:1 (5 air kepada 1 bahagian klorox) bagi memporolehi kesan yang baik. 

~Alatan memasak seperti periuk dan pingang mangkuk yang terendam air banjir juga perlulah dibasuh dengan air campuran klorox atau bahan pencuci.


KESELAMATAN AIR MINUM: 

~ Sistem paip. Pastikan flush dahulu semua paip di dalam dan di luar rumah sebelum mengambil airnya bagi kegunaan keluarga anda. Dikhuatiri sistem paip yang ditengelami air banjir akan mengumpul bakteria yang boleh memberi risiko kesihatan. 
~ Pastikan semua air minum dimasak terlebih dahulu


KESELAMATAN MAKANAN:

~Buang semua makanan yang terendam air banjir. Elak memakan makan mentah seperti ulam-ulamam sehinggalah semua keadaan pulih.

~Kupas buah-buahan dan sayuran yang berkulit sebelum dimakan. Basuh tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan.


KESELAMATAN SISTEM GAS MEMASAK: 

Peralatan dapur gas memasak dan paip getah boleh dimasuki air menyebabkan aliran gas tersekat dan keluar melalui injap dan liang yang tidak sepatutnya. Periksa sistem gas memasak terlebih dahulu sebelum menggunakannya.


KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK: 

Periksa semua suis elektrik dan peralatan elektrik lain seperti lampu dan kipas sebelum menghidupkannya. Ia mungkin dimasuki air dan kotoran lain yang boleh mendatangkan risiko renjatan elektrik dan litar pintas.


KEBERSIHAN DIRI: 

Kebersihan diri perlu diutamakan. Bersihkan diri anda secukupnya dengan menggunakan sabun mandi setiap kali melakukan aktiviti pembersihan di rumah. 


DAPATKAN RAWATAN AWAL: 

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami deman atau cirit-beret, muntah-muntah dan tidak sihat selepas balik ke rumah, SEGERALAH berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.


P/S:Dikongsi daripada laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

post signature

Dec 29, 2014

Bah 2014, antara iktibar dan peringatan.

2:40 PM 0 Comments


Salam takziah PS ucapkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Ya Allah, mungkin PS sendiri tak setabah kalian untuk menghadapinya.
Percayalah betapa istimewanya anda terpilih untuk diberi ujian sehebat ini tanda sayangnya Allah..dan kami yang hanya mampu melihat ini, ambillah iktibar daripada apa yang berlaku sebagai peringatan tentang kekuasaan Allah swt.


Setiap yang berlaku di dunia ini, ada hikmahnya. 
Dalam setiap kesusahan, pasti ada kesenangan di kemudian hari. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


(Al- An'am: 63)
"Katakanlah: " Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada Nya dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut (dengan mengatakan): " Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari bencana ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur". 

Walau apapun, kita sebagai hamba Nya mesti bersyukur atas apa yang berlaku kerana masih lagi dapat menjalani kehidupan di dunia ini. 


Kita perlu bersangka baik terhadap apa yang berlaku.
Musibah yang berlaku adalah peringatan dan menjadi pelajaran bagi orang yang beriman dan bertakwa.
 

(Al-Baqarah:66)
"Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa."

Sama-sama lah kita berdoa agar bebanan yang ditanggung mereka dapat diringankan.



Aamiin.
   

post signature

Dec 26, 2014

PIN POWER!!

11:03 AM 0 Comments

2014 tinggal beberapa hari sahaja lagi nak melabuhkan tirai..betapa getirnya 2014 yang begitu banyak meninggalkan kesan-kesan hitam pada rakyat Malaysia, apapun terjadi hidup perlu diteruskan..entah bagaimana rupa 2015 pun we never know..hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik..kita sebagai manusia hanya mampu merancang..selebihnya berserah kepadaNya kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Untuk sama-sama menghadapi 2015 yang lebih mencabar (always prepare for the worst) kami beberapa orang leaders PIN (Professional Intelligent Network) telah bersepakat untuk mengadakan perjumpaan untuk mengkaji dan merangka semula aktiviti sepanjang tahun 2015. Perjumpaan telah diadakan di D'Rimba ClubHouse Kota Damansara.



Apa yang menariknya PS nak kongsikan disini adalah perbezaan latar belakang (professional background) setiap dari kami..Alhamdulillah ditemukan orang-orang yang hebat untuk sama-sama berbincang semeja..yang jelas bila tahap pemikiran kita adalah sama, mesej yang hendak disampaikan adalah lebih mudah dan komunikasi secara berjamaah ini lebih banyak memberikan input-input yang bernas dan menarik.




Untuk berniaga apatah lagi secara talian, kita perlu sentiasa cepat ke depan. Zaman teknologi adalah zaman yang terlalu pantas..kalau leka maka tercicirlah kita. Sentiasa upgrade ilmu sebab ilmu yang kita ada sahaja sekarang sangat-sangat tidak cukup untuk menghadapi 2015 yang ternyata jauh lebih mencabar.



Tak pernah ada istilah one man show dalam biz ni..semuanya dijalankan secara berkumpulan. Kan bekerja bersama-sama itu banyak meringankan beban dan ternyata jauh lebih hebat. Banyak aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang telah dirancangkan..muka semua sangat teruja nak berkongsi dengan partner-partner yang lain. Semoga apa yang telah kami rancangkan InsyAllah dipermudahkan. Semuanya adalah untuk kebaikan ahli kumpulan bersama....wiiiiiiii ai is tak sabar hokeiii!!

Of course nak ucap setinggi terima kasih pada CikCida yang selama ini memberikan komitmen yang sangat tinggi pada kumpulan walaupun masih dalam tempoh berpantang. Tak pernah pun bagi alasan untuk sentiasa bersama dan membantu. Buah fikiran dan perancangan yang keluar dari mulutnya adalah semata untuk kebaikan ahli kumpulan bersama.




Beberapa orang committee members yang dapat menghadirkan diri. Projek 2015 ni memang sangat awesome kebabommmm. Semoga 2015 ini menjadi titik mula kita terus maju ke depan bersama PIN!!


PIN POWER!!

post signature

Dec 25, 2014

Tulang terlebih??????

12:35 PM 0 Comments

Dikongsi daripada Meilla menceritakan bagaimana dia mula memakai Premium Beautiful...





Menurutnya:

Ramai yang tahu dia pakai PB dan reaksi yang dia dapat "eh, awak ni kurus pun pakai korset??"

Meilla mempunyai masalah extra bone ataupun dalam bahasa medicalnya 'Femoroacetabular Impingement' (FAI) - its regarding to Orthopedic Thingy. Ok macam bulatan kuning seperti gambar kat bawah ni.





It's where the hip bones rubs against each other and that causes the pain because extra bone EXTENDS out over the normal rim of he acetabulum.

Dan dia sebenarnya tak boleh nak angkat beban yang berat dan stress sebab ia akan membuatkan tekanan pada kawasan tersebut. But knowing Meilla, lasak gak orangnya..hikkk so jarang nak amik peduli pasal tu.

Pada tahun 2002, dia dah menjalani Minor Surgery/Outpatient surgery yang dipanggil Arthroscopic. Doc said it can lasts up to 10years. tapi skrg dah 14tahun dah. Pernah dah rasa sakit balik dan sebab itulah dia mula pakai Premium Beautiful.

Bila dah ada anak, bebanan dan tekanan bertambah katanya, mencegah itu kan lebih baik dari merawat. Walaupun ada alternatif lain tapi dia tak sanggup nak tanggung kesannya.


Alhamdulillah since then, dia mula sarungkan PB kebadan...rasa sakit tuh dah tak ada..so happy for her!



post signature

TERKINI!! Banjir Di Pantai Timur Semakin Buruk!

10:21 AM 0 Comments

Harini bangun nampak cuaca kat luar mendung je lagi...hmmm apalah nasib kawan-kawan dan keluarga mereka yang berada di Pantai Timur..dikhabarkan keadaan semakin buruk..banyak tempat-tempat penempatan banjir juga telah dinaiki air..dan kebanyakkan keluarga menyelamatkan diri di atas-atas bukit dalam keadaan gelap gelita dan kesejukan...takleh nak bayangkan..meleleh air mata memikirkan anak-anak kecil yang kesejukan dan kelaparan.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata banjir luar biasa yang melanda kawasan Pantai Timur negara adalah disebabkan fenomena ‘New Moon’. 

banjir di gua musang

Menurut Dr Mohd Hisham, fenomena itu berlaku apabila kedudukan bulan berhampiran dengan bumi menyebabkan air pasang dan mencetuskan banjir luar biasa. Lebih buruk, keadaan itu ditambah pula dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac. “Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘new moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. “Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” kata Dr Mohd Hisham. Tambahnya, hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga awal Januari depan akibat daripada tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu.

Jumlah terkini mangsa banjir yang dilaporkan oleh Astro Awani sehingga malam tadi.


Sebarang aduan anda boleh hubungi nombor pusat kawalan seperti tertera di bawah.



Semoga Allah melindungi mereka dari segala ancaman bahaya dan diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini...
 
post signature

Dec 24, 2014

Tips Memilih Korset Yang Sesuai.

9:26 AM 0 Comments

Pemilihan korset sangat penting bagi menjamin hasil yang terbaik kepada pemakai. Beberapa perkara yang perlu kita amik tahu sebelum kita melabur untuk sepasang korset apatah lagi yang berharga agak tinggi.


1. KESELESAAN

Material yang digunakan supaya kita rasa selesa serta dapat menyesuaikan dengan suhu persekitaran.


2. FUNGSI

Fungsi setiap helai/bahagian. Korset yang terbaik adalah yang datang dengan fungsi yang khusus pada setiap bahagian. Korset bukan semata-mata untuk kontur pembentukan badan sahaja namun yang paling penting adalah membantu menjadikan tubuh badan kita lebih sihat.


3. KESAN

Berapa lama hasil kita dapat melihat hasil perubahan bentuk badan kita? Adakah ia bersifat sementara atau ianya dapat membentuk kontur badan kita kepada apa yang kita idamkan. Banyak korset di pasaran hanya mampu membentuk kontur badan sewaktu ianya tersarung sahaja. Tapi tak banyak yang boleh menjadi acuan untuk membentuk kontur tubuh kita secara terus.


4. JAMINAN

Cari yang boleh beri jaminan yang lebih lama. Lagi lama lagi bagus seperti sepanjang hayat. Kenapa perlu bazirkan wang untuk membeli korset yang baru jika rosak jika kita boleh datakan servis secara percuma untuk setiap kerosakan?? Korset yang baik adalah korset yang berkualiti serta ada jaminan. Jaminan yang diberikan adalah lambang pada kualiti korset tersebut.


5. PENGIKTIRAFAN

Cari korset yang mempunyai pengiktirafan dan testimoni pengguna yang banyak. pengiktirafan membuktikan korset ini betul-betul berkualiti dan hanya sepasang pakaian dalam biasa. Pengiktirafan selalunya diberikan berdasarkan kajian dan prestasi yang baik.








PREMIUM BEAUTIFUL (PB) adalah salah satu contoh korset yang menepati kesemua ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Material yang selesa yang diperbuat daripada kain yang bersifat akwatek akwadyne sangat bermutu tinggi. Ia dapat menyelesakan si pemakai dalam apa jua keadaan sekalipun. Setiap helai PB mempunyai fungsinya tersendiri. Semuanya saya telah jelaskan disini. Kesan pemakaian PB adalah bergantung pada disiplin si pemakai dan mengikut tubuh individu itu sendiri. Namun kesan serta merta itu adalah begitu ketara apabila anda terus menyarungnya ke badan. Kesan paling cepat seawal 2 minggu adalah pada bahagian bawah dada dimana disitu lemaknya adalah begitu nipis berbanding pada bahagian lain. 

Yang paling penting adalah JAMINAN SEUMUR HIDUP yang syarikat berikan kepada PB membuktikan bahawa PB adalah salah satu produk yang berkualiti tinggi. Syarikat takkan sewenangnya memberikan jaminan sebegitu lama untuk produk yang tak berkualiti. PB juga mendapat pengiktirafan SUPERBRAND produk serta badan-badan antarabangsa yang lain seperti ACA, QCA dan CCA dalam penjagaan tulang belakang.




---------------------------------------------------

KENAPA PERLU FIKIR LAGI???

--------------------------------------------------

Diri anda berhak memiliki korset yang berkualiti tinggi!!!


Hadiahkan sesuatu yang BERHARGA untuk diri anda sempena tahun baru 2015.


post signature

Dec 23, 2014

Cek Kosong.

5:15 PM 0 Comments

Harini dah 23hb Disember 2014..cepat je kan dah nak masuk 2015..ingat dulu masa DrM umum pasal Wawasan 2020, rasa macam lambat je lagi...nahhhh lagi 5 tahun jek..ok bukan nak cakap pasal Wawasan 2020 tapi wawasan diri sendiri..

Ok berbalik pada cerita cek kosong tadi..korang percaya tak yang korang boleh tentukan sendiri berapa yang korang nak setiap bulan..dulu masa memula CikCida cakap pasal cek kosong nih tak pernah pn nak percaya..ye lahhh mana ada orang nak bagi kita cek kosong kan???tapi bila dah buat baru faham apa tu cek kosong..

Ok camnih..kalau kita kerja makan gaji, gaji kita dah memang company tentukan sekian2 banyaknya..tak siap kerja ke tak perform ke MC ke sama gak gaji banyak tu je..so cukup bln dapat gaji..


Contoh gaji sebulan  = RM3,120
Hari bekerja = 26hari
Jam bekerja = 9 - 12 jam sehari termasuk pergi dan balik
RM/hari = RM120
RM/jam = RM12/jam (ave 10jam sehari)

Makin besar gaji makin banyak tanggungjawab dan makin banyak jam yang perlu kita korbankan..betul tak??


Apa yang saya maksudkan dengan cek kosong tu dengan biz ni setiap awal bulan kita boleh target nak bape bonus (RM)..contoh nak dapat RM5,000 sebulan, kalau makan gaji pun kita kena keluar g kerja balik kerja berhari2 baru dapat..takkan buat biz tak buat apa2 boleh dapat duit RM5,000 senang-senang camtuh kan..tp tak perlu jugak keluar hari2 pn yang penting tahu bagaimana dan cara nak melakukannya dengan betul..contohnya macam kat bawah ni:


Contoh income yang kita nak RM5,000
RM5,000/30hari = RM170hari

**  Masa yang diperlukan 2-3jam/hari
Pastikan dalam sejam min kita dapat adalah RM100 (x30hari)
Jadi nak dapat RM5,000 tu bukannya mustahil!!
 

PS dah buktikan yang PS boleh dapat..so korang pn boleh!!Pencapaian tertinggi yang pernah PS dapat dalam sebulan..insyAllah 2015 nih PS akan pastikan akan berganda ganda setiap bulan...aaminnn.


 Kalau dapat banyak nih, ada yang tanak ke??phewwww bonus sebulan okeh bukan setahun..


dan banyakkkkk lagi...kami boleh, korang lagiiii boleh kan kan kan



Biz ni senang jek semuanya kalkulatif..berkaitan dengan angka dan semuanya boleh dikira..tak perlukan penilaian sapa-sapa mahupun duit kopi sogok ke hape..yang penting semangat dan rajin berusaha okehhh..GIVE UP is totally never ever in our life dictionary..

Okes sesiapa yang nak ubah 2015 kepada sesuatu yang lebih challenging..
nak tulis kt CEK KOSONG sendiri..
youre most welcome to be a part of our team!!
PIN POWER



Siapa NAK dia BUAT
Siapa BUAT dia yang DAPAT!!

post signature

Dec 22, 2014

NEO 2014 Tanpamu CikCida!

12:13 PM 0 Comments

New Entrepreneur Orientation (NEO) 2014 telah diadakan pada 22hb November yang lepas. Majlis ini adalah salah satu inisiatif kumpulan di bawah naungan CikCida kita untuk memberi penjelasan lebih terperinci serta selok belok tentang perniagaan ini terutama kepada usahawan-usahawan baru. Bangga sangat sebab ramai yang datang dari seluruh pelosok negeri juga dari Sarawak untuk sama-sama menuntut ilmu.

Perancangan awal yang pada mulanya melibatkan CikCida sendiri terpaksa diteruskan walaupun beliau terpaksa bertarung di dalam wad bersalin pada masa yang sama. Tapi dalam keadaan begitupn sempat lagi kami berbincang pada saaat-saat akhir walaupun di dalam wad bersalin..hiksss..punyalah dia sangat sangat komited dan mengambil berat tentang program ini supayanya berjalan seperti yang dirancangkan. Ketentuan Allah tidak siapa boleh menduga. Walaupun tanpa tonggak utama, majlis Alhamdulillah dapat berjalan lancar.


Majlis dimulakan seawal jam 9pagi lagi..sekali lagi ianya berjaya memupuk usahawan usahawan PIN untuk menghargai dan menepati masa supaya lebih berdisiplin. Majlis dipengerusikan oleh Irda Idris dan dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Azizul Razman yang datang meninjau kelancaran majlis sebelum bergegas pulang ke hospital semula. 


Slot pertama dimulakan dengan paduan suara dan aura mak buyong kita Puan Najiha Sulaiman..datang dari Kelantan untuk sama-sama berkongsi cerita pengalaman juga ilmu asas bagimanakan memulakan perniagaan ini. Honestly memang PS kagum sangat dengan mek sorang nih. Dah ada syarikat construction sendiri tapi masih doing well dalam biz ni jugak. Sekarang tengah sarat mengandung anak ke3 tapi tak pernah menjadikan itu semua alasan untuk aktif dalam biz ni.


Memang kalau korang dengar mek sorang nih bercakap tak cukup sejam..meremang segala roma yang ada..sangat ber aura..fuhhhhh tak nampak macam pregnant kan??bersemangat waja..

 

Slot seterusnya adalah dari PS sendiri..CikCida telah bagi kepercayaan sepenuhnya kepada PS untuk menerangkan secara tekknikal tentang produk KILLER kami iaitu Premium Beautiful. Alhamdulillah selepas hampir dua tahun dalam biz nih, pengalaman banyak mengajar supaya boleh jadi salah seorang pengajar..dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari kerana ilmu itu takkan pernah cukup pun..semakin lama mencari semakin banyak yang kita tidak ketahui.

 

Selepas lunch break dan solat majlis diteruskan dengan aktiviti kumpulan..objektif utama adalah supaya setiap ahli kumpulan dapat mengenali antara satu sama lain serta ice breaking session lepas makan..hikkk..even it was a spontaneous idea, but it was FUN indeed.very short and catchy sketch..satu kelas gelak non stop..so real!! Glad u did it well Group 1..thats why ramai je lelaki yang boleh jual korset Premium Beautiful nih..they always know where is the HOT BUTTON. 


Dan slot yang ditunggu tunggu adalah slot dari kak Emma Raja Premium Beautiful. Kak Emma ni telah buktikan dengan hanya menjual Premium Beautiful dia boleh jadi Jutawan. hanya menggunakan internet sahaja boleh menjual berpuluh-puluh set sehari.  Can you imagine that?? Memang sangat menerujakan dan kami memang ambil semua tips yang Kak Emma bagi pada haritu untuk kami apply..n it really works..myself can close deal for PB buyer less than 30minutes!!thankssss kak emma for the useful tips..so inspired to be just like you.


Sebelum majlis berakhir, kami adakan satu slot khas bagi mengiktiraf pencapaian terbaik ahli-ahli kumpulan sepanjang 2014. We feel honored bila CDM Azlan Deraman sudi meluangkan masa datang memberi sepatah dua kata kata semangat serta menyampaikan anugerah kepada semua achiever!!


Sebelum majlis bersurai seperti biasa group photo session. Syukur sangat majlis berjalan dengan lancar. Harap segala kekurangan itu dapat kami perbaiki dari masa ke semasa. Semoga apa yang kami cuba sampaikan sedikit sebanyak dapat membantu usahawan di luar sana untuk terus berusaha bersama.

Bukti sudah ada di depan mata.
Jalan telah dibina.
Hanya perlu doa dan percaya.
Takkan berjaya kita tanpa usaha!!
P/S: gambar semua dari penangkap2 gambar yang amatur..hikkkss
post signature

Dec 17, 2014

Peraduan Bonanza Hebat!

12:08 PM 0 Comments
Wowwww wowwww wooooowww..company dah announce peraduan baru untuk penutup hujung tahun 2014 bermula 1Disember 2014 sehingga 28 Disember 2015..memang sangat gempak wehhh..tengok saja hadiahnya pn teruja...syarat pernyataan pn sangatlah senang..semua orang pun boleh sertai..


Hadiah utama dapat baucar perlancongan bernilai RM10,000 ke mana-mana destinasi impian korang (spt dinyatakan dlm t&c)..pastuh hadiah2 lain yang bernilai hampir RM70,000..alang2 membeli kan dan memang gunakan produk tuh, mana tahu bernasib baik..memang berbaloi laaa sangat sangat!!

Ye lahh dapt jam ke, televisyen lagi, handbag LV yuhuuuuuu, i-phone..ehhh korang boleh menang byk hadiah ok..bukan terhad pada satu je..hantar je sebanyak penyertaan yang boleh, lagi banyak penyertaan lagi besar peluang nak menang!!

Syarat-syaratnya mudah la haiii sangat2..dengan hanya pembelian dua produk ni anda dah boleh sertai dah..




 

Those yang mencari-mencari takpun berkira-kira nak beli BVSM nih..skrglah masanya uolls membeli..dengan setiap pembelian pelapik tilam nih bukan sahaja dapat rebat bernila RM120 pastuh dapat 5 (LIMA) penyertaan untuk peraduan nih...untung la wehhh..beli tilam dapat duit pastuh peluang untuk menang, mana tahu dpt pergi bercuti-cuti lagi..sapa nak bagi kannnn?




JTX Airtracker ni produk terbaru jugak dari company dalam memenuhi kehendak semasa untuk mengurangkan pencemaran udara daripada bahan api terutamanya kenderaan bermotor. Ia bertindak menukar molekul udara menjadi struktur molekul yang sangat halus. Jadi, bahan api dapat dibakar sepenuhnya secara lebih optimum. Keadaan ini meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

JTX Airtracker bukan sahaja dicipta untuk menjimatkan bahan api, ia juga membantu memelihara alam sekitar. Bahan api yang dibakar sepenuhnya mengeluarkan kurang karbon monoksida yang akhirnya mengurangkan pelepasan karbon ke kawasan persekitaran.

Dengan setiap pembelian JTX Air Tracker nih anda berpeluang untuk mendapat 1 (SATU) penyertaan untuk menyertai peraduan nih.

 ...........


Senanggggg kan...

BELI dapat DUITTTT
dan MENANGGGGG!!



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi PS okeiiii!
post signature

Dec 12, 2014

Hadiah Tahun Baru

12:28 PM 0 Comments

**HADIAHKAN SESUATU YANG BERHARGA UNTUK DIRI SAYA SEMPENA 2015**

♡ 2015 Saya nak lebih langsing
♡ 2015 Saya nak lebih sihat
♡ 2015 Saya nak lebih berkeyakinan
♡ 2015 Saya nak suami bertambah sayangkan saya..

Saya nak hadiahkan sesuatu yang boleh jadikan saya tampil hebat dan bergaya di tahun 2015!!

Kenapa perlu peningkan kepala..

JOM Hadiahkan 'Premium Beautiful Corset' Kepada diri kita sempena tahun batu 2015..

Anda bukan hanya dapat set corset 'Premium Beautiful' yang berkualiti tinggi malah anda akan tampi lebih bergaya, langsing, sihat dan anggun ditahun baru..

Bayangkan hari pertama di tahun baru, anda melangkah ke office dengan penuh bergaya dengan 'Premium Beautiful Corset'. Rakan-rakan anda confirm akan berasa cemburu melihat potongan badan anda yang berbeza di Tahun Baru.. wow!!

Semua mata tak akan berkelip melihat perubahan anda dihari pertama di tahun baru.. fuhhhhh

Anda Confirm akan mendapat,

● Potongan badan yang menawan 'serta merta' sebaik sahaja anda sarungkan  Premiun Beautiful di badan anda!! (Fast result)

● Rakan-rakan anda akan terus mencemburui anda di hari pertama tahun baru

● Anda akan lebih bersemangat dan berkeyakinan melangkah ke tahun baru..

Fuhhhh...

Macam mana saya nak dapatkan Premium Beautiful ni!!

BERITA BAIK!
•••••••••••••••••
Sempena tahun baru kami akan memberikan special discount untuk anda! Year end discount hanya dari kami..

Hanya PM kami sekarang dan kami akan hantar 'Premium Beutiful' terus kepada anda.

♡ FREE Trial
♡ LIFE Time Warranty
♡ SUPER BRAND
♡ FREE Service
♡ 100% Customer satisfaction

CEPAT hubungi PS sekarang....

Hadiah misteri menanti 5 yang terawal!!
post signature

Dec 9, 2014

Yang Sebenarnya.

12:16 PM 0 Comments

Salam and hai everybody!

Ok bukan lagu yuna..yang sebenarnya nak cerita pasal diri PS nih yang sebenarnya tak banyak sangat cerita. Harini nak cerita pasal jadi seseorang yang tak pernah korang imaginasikan..perghh gitu ayat mantop! kadang kita ni sebenarnya tak tahu pn kebolehan diri bila tak digilap dan ditonjolkan. Kadang orang lain boleh nampak apa yang diri sendiri tak nampak.

Teringat dulu first time syida bgtahu suruh bersedia jadi emcee..it was few minutes left just before class started..ohmyyyyyyyy nak ke tak nak..kalau taknak rugila kan peluang nih..even dah menggeletar satu badan dah..being me tak pernah pn wehhh nak jadi emcee bagai seumur hidup..


 Fuhhh kalau gambar bisa berbicara mesti dia bagitahu duk menggeletar pegang kertas nih..bercakap pun tunggang terbalik..tak tahu la masa tuh audience faham ke tak..pfffftttt..yang penting setiap cabaran perlu disahut dan setiap cabaran itu adalah peluang yang tak perlu dilepaskan.


Dan selepas beberapa bulan purnama...diberi tanggungjawab lagi yg lebih berat okeh..jadi speaker explain kat kelas secara teknikal (kesan FIR pada kesihatan) pada Premium Bautiful..okes kali ni sehari lebih awal. Yang sebenarnya memang PS sukakan cabaran, jadi boleh ke tak boleh belakang cerita. Yang penting cuba dulu baru tahu, tak cuba tak tahu kan kan kan??? Alhamdulillah much more better..improve sket sebab PS sendiri faham apa yang sendiri cakap..takde lintang pukang dah..walaupun ada gak tershashul sikit sikit tuh.


Sebenarnya limitation itu hanyalah dalam minda. Cuba cabar diri untuk buang segala limitation itu barulah kita tahu potensi sebenar diri kita. Alhamdulillah setelah beberapa percubaan, ianya semakin baik walaupun belum sempurna. Walaupun tanpa teks mahupun di saat2 akhir, bercakap dari pengalaman itu lebih mudah..dan bercakap dari hati itu nampak jujur. 


Keberanian itu yang utama. Kalau tak cuba dulu tak tahu pn boleh sampai ke tahap ini. Kepuasan diri itu  yang penting. Biz ni bukan sekadar mengajar berniaga..banyakkk yang PS belajar..pembinaan modal insan yup HUMAN CAPITAL is a core in this biz..you can be a HERO from ZERO!

Percayalahhhh yang sebenarnya diri kita adalah jauhhh lebih baik..

You have to believe before you can achieve!
post signature

Dec 6, 2014

Panduan Memilih Pusat Terapi Terbaik.

9:40 AM 0 Comments

Assalam.

Harini rasa rajin nak berkongsi kisah rumah kedua Emran nih since ramaiiii yg pm/inbox/whatsapp tanya kat mana pusat terapi yang bagus untuk rehabilition. Apa yang PS cerita kat sini adalah berdasarkan pengalaman yg kami sekeluarga lalui sepanjang menjalani rawatan terapi Emran sejak dia berumur 10bulan lagi.


WQ Park ni adalah sebuah pusat terapi yang berpusat di Kelana Jaya yang menjalankan rawatan segala jenis terapi untuk bayi sehinggalah orang dewasa. Masa Emran buat rawatan dulu, Datok K pn ada..ngeeee.. Ok pemilihan pusat terapi nih bergantung kepada kesesuaian/chemistry pesakit/mak ayah dengan pusat terapi dan juga therapist itu sendiri. PS pada mulanya pernah bawak Emran ke pusat terapi yang lain tapi tak rasa feel dan kebetulan Dr. ada suggest WQ Park ni kemudian kami set appointment untuk mencuba di tempat baru.

Alhamdulillah feeling better than before. Sebelum mendapatkan rawatan terapi adalah dinasihatkan untuk mendapat nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengetahu jenis jenis terapi yang perlu dijalankan. Bergantung pada severity pesakit itu sendiri. Tapi PS kalau pergi je ke sini memang kena keraskan hati. Bayangkan kita tengok bermacam jenis penyakit depan mata dengan hiruk pikuk suara tangis anak-anak yang menjalani rawatan. Allah kalau tak kuat korang bergenang je air mata ok.



Therapist untuk setiap jenis rawatan pun kita boleh pilih. Yang ni penting sangat sebab nanti setiap kali rawatan dia yang akan handle dan chemistry antara dia dan pesakit itu sangatlah memainkan peranan. Emran memang sangat memilih. Ada beberapa orang therapist yang dia memang anti. Pernah menangis non-stop sepanjang menjalani rawatan.

Price wise range RM120-200 per session (1hour) lebih kurang. Diorang ada sediakan pakej jugak means few session per package so murah sikitla. Masa memula bawak Emran pergi terapi kami terus amik 2jam pny session. Tapi bila tengok baby ni takleh kita paksa sangat then kitorang buat hanya sejam je per session. Sebab jam ke2 tuh dia dah taknak dah macam kepenatan..crancky! Depends kalau korang rasa anak-anak boleh tahan 2jam session just continue.


Selain menjalankan rawatan terapi, pusat ini ada juga menyediakan program pendidikan awal kanak kanak yang istimewa ni. Kalau korang nak hantar seharian pun boleh half day pun ada. Untuk special case, setiap student memang khas seorang therapist. Bila kanak kanak ini dah boleh manage diri (berjalan sendiri) baru masuk dalam kelas khas secara kumpulan. Sama macam kindy biasa tapi yang kat sini focus lebih la sebab diorg kan special.


Kalau korang ada anak anak yang ada masalah celebral palsy, syndrome down, autism, hyper active and banyak lagi la boleh mencuba untuk membuat rawatan dekat sini. Pernah tengok seorang kanak-kanak celebral palsy mampu berjalan sendiri, rasa nak pergi peluk je.

Tapi apa yang PS belajar kt sini banyakkkk sangat. Sebenarnya pusat terapi hanyalah memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa yang mempunyai anak SPECIAL NEEDS nih..yang paling penting ibu bapa tu sendiri untuk memberikan sepenuh perhatian juga kasih sayang serta dorongan kepada anak-anak semasa di rumah.

Alert okeh dengan perkembangan anak-anak kita..do something if you feel UNEASY!


post signature