Jan 10, 2014

Kaedah Mencari WORK LIFE BALANCE

 


Di antara amalan untuk yang baru atau dah lama kahwin:


  1. Jaga SOLAT dengan sempurna.
  2. Bangun tidur terus SENYUM dan berdoa untuk dapat kebaikan dunia dan akhirat.
  3. Jika sempat, sarapan bersama.
  4. PELUK pasangan sebelum pergi kerja dan bukan sekadar bersalaman.
  5. Lakukan kerja dengan terbaik dan ikhlas agar dapat rezeki yag berkat dan bahagia rumahtangga.
  6. Sebelum balik kerja, programkan minda dengan sebut dalam hati; "Ya Allah, aku bersyukur dapat bekerja dengan terbaik hari ini. Aku serahkan kerja dan diri ku kepada Mu ya Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tidak penat, bahagia berjumpa pasangan/keluarga dan mudah membantu kerja rumah."
  7. Baca Bismillah , surah Al Ikhlas, senyum, beri salam dan melangkah kaki kanan dulu apabila masuk ke rumah.
  8. Peluk pasangan dan tanya khabar.
  9. Buat kerja rumah bersama - suami isteri sama-sama kerja, sama-sama penat, memang Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah: masak, berkemas, mencuci etc.
  10. Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid).
  11. BERBUAL dan dengari pasangan. Isteri memang suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dengan sayang dan empati. TAK PERLU BERI NASIHAT, sebab isteri cuma nak lepaskan tension dengan bercerita. RAMAI SUAMI YANG TIDAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa dan terbiar.
  12. Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tangan dan bermaafan.
  13. Pagar diri dengan AlFatihah, ayat Kursi dan 3Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan kecuali tapak kaki dan kemaluan.
  14. Programkan minda agar esok jika panjang umur agar lebih positif, ceria, bersemangat dan lebih baik daripada hari ini.
  15. Sentiasa berdoa dan tawakkal kepada Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...