Follow Us @seri.mahani

Jul 19, 2013

Biskut Raya Tersedap di Malaya!

Mood raya dah datang kot..ramai dah upload gambar kueh raya kan??sekarang lagi senang..dulu nak kena gak pergi kedai beli..sekarang takyah pergi kedai pn boleh dapat kueh raya sampai terus depan pintu..punyala canggih zaman sekarang.

Jadi apa kueh kesukaan korang???

Sebenarnya PS neh takde kueh kesukaan pon. Dulu masa arwah mak ada, dia amik upah buat kueh raya. Bertin-tin orang order. Mak pandai cari peluang berniaga. Time puasa dah sibuk kumpulkan sabut dan alat-alat untuk memasak kueh.

Cakap jek kueh apa, semua ada. Tapi yang tradisional la. Ingat lagi masa tu mak nak belajar buat kueh karas. Sanggup dia pergi belajar kat kampong sebelah naik motor sensorang. Alhamdulillah berkat dia usaha, sejak tuh dia dapat banyak order buat kueh karas.

Nih la kueh karas kalau korang nak tahu.

Selain karas, mak amik upah buat rempeyek. Tak jumpa lagi rempeyek sesedap mak buat. Besar rangup jek. Sebenarnya rempeyek nih banyak version kalau korang nak tahu. Kalau rempeyek intinya kacang tanah, kalau intinya kacang dal dipanggil tumpi..haa cukup jawa tak??

 

Tak lupa juga kueh bahulu. Selepas sahur tu mak dah mula empuk telur dalam tempayan kalau nak masak esoknya. Ketung ketang pepagi dengar dia duk empuk telur sampai kembang. Nak tolong tapi punyala besau tempayan dengan pemukul tuh mahu guna dua tangan nak empuk. Dari menyusahkan dia baik takyah kacau.

Paling seronok tengok mak bakar bahulu esoknya sebab guna sabut dengan tin. Kagum betul dengan idea api atas bawah guna tin jek. Bila dah masak tugas kitorag lak kena cungkil keluar bahulu, sejukkan dulu sebelum masukkan ke dalam bekas. Tapiii bahulu panas-panas la sedappp, rasa nak masuk terus dalam mulut jek. 

Agar-agar kering antara kueh yang susah nak jumpa sekarang. Itu antara kueh wajib yang kena ada kat rumah masa raya. Minggu pertama puasa mak dah buat siap-siap sebab nak jemur kat bumbung bagi kering. So by the time hari raya, agar-agar dah kering elok dah.

 

Banyak lagi lah kueh yang selalu kitorang buat..kueh tiram,putu kacang,kueh sepit...eh banyak lahh..dah lupa nama sebenarnya..hikhik

Tapiii kueh nih confirm tak tinggal punya..ta daaaa kueh siput!PS suka makan kueh siput sebab dia rangup dan pedas-pedas gitu. Ralit jek makan tak sedar. Tapi menggentel memang menguji kesabaran sebab kecil-kecil. Dulu PS suka jadi QA sebab sape buat kueh siput tak comel atau tak jadi mesti PS reject suruh buat lain..mengado!

Oklah sampai sini saja review pasal kueh raya yang tersedap di Malaya mengikut tekak PS..hikkk

Jadi pada sesiapa yang tahu kat mana nak dapatkan kueh tart nanas yang tersedap sekali sila email/sms PS okeh.

puanseri
0163223094
smi3780@gmail.com

*semua gambar adalah ihsan google!