Jun 12, 2013

Teduhan Kasih

Tak tahula dah episod ke berapa PS baru follow drama nih..sudahnya terjebak kan..drama ni ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis pukul 7mlm-8mlm di TV3. Kalau terlepas siaran boleh tengok kat tonton ataupun mana-mana streaming secara online. Google jek mesti jumpa. Drama ni adaptasi dari novel Seteduh Kasih tulisan Marissa. Itupun baru tahu sebab google cari apa ending cerita nih..hikk btw terima kasih pada sesiapa yang dah baca dan tulis review pasal cerita ni sekurang-kurangnya tahu dah apa jadi. Jadi kalau nak tahu apa jadi kena scroll sampai bawah ye!
 
 
PELAKON

Pelakon dalam cerita ni taklah ramai sangat tapi setiap watak yang diorang bawak tu agak berkesan. Yelah bayangkan PA si Ehsan tu pun memainkan peranan dalam cerita ni..hikk..padehal PS tak pernah tengok pun dia berlakon.
 
 
Ehsan lakonan Adi Putra. CEO yang cukup lengkap pakej tapi jiwa kosong. Menyalahkan ibunya atas kematian bapanya akibat curang. Player dan segala kaki. Jumpa Iffa kat bus stop yang dah nak bersalin. Kemudian anggap Adam macam anak sendiri..tetiba...haishh ada ke laki macam ni kat dunia sebenar.haha.
 
 
Ryzal lakonan Shah Iskandar. Laki macam ni pun ada. Boleh pulak skandal dengan kawan baik isteri. Yang nih ramai rasanya kat luar. Bila isteri sporting, mulala ambil kesempatan kan. Yang kawan perempuan tuh faham-fahamlah duk sebuk berkepit dengan laki orang nak buat apa? Haishhh tak suka betul watak dia nih..
 
 
Iffa lakonan Sherry Ibrahim. Janda anak sorang. Berpisah dengan Ryzal setelah dirampas oleh kawan baik sendiri. Hidup menderita dari kecil sebab tinggal dengan keluarga tiri.
 
 
Ayu lakonan NabilaHuda. Nabilahuda ni kalau bawak watak apapun memang menjadi. Nampak bersahaja dan spontan. Macam real jek. Ahha tapi dalam cerita nih Ayu memang sangatlah musuh dalam selimut. Sanggup rampas laki kawan sendiri sebab cemburu. Hidup asyik duk fikir pasal Iffa jek. Takde life langsung..kuikui
 
Penyedap cerita..along dengan mak tiri Iffa..kalau bercakap mak aih macam nak pecah gegendang telinga..menjerit terpekik-pekik..kelakor betul..watak menjadi sungguh macam real jek..padehal kadang duk berdepan mengadap. Lakonan Zarina Zainuddin sebagai along kakak tiri iffa dan Ku Faridah sebagai mak tiri Iffa memang berkesan la buat orang rasa nak pergi tunjal jek kepala diorang..kegeraman!!
 
 
SINOPSIS
tiba-tiba dia hadir, kemudian dia ada......
 
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. aku tetap ceraikan kau!" - Ryzal
 
sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
 
dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpanan di anatara keikhlasan dan kenangan semalam. 
 
"sebab kita ada Adam. kita nikah sebab Adam. apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. lagipun abang dah bosan hidup begini. hidup abang benar-benar kosong. tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini" - Ehsan
 
aku benar-benar terperangkap. sedangkan lelaki yang aui cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan  masa lampaunya yang kotor. kelak akan bahagia untuk aku dan anakku? namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
 
 
APA YANG JADI??
Alaa semua orang boleh agak kan apa jadi. Mestilah happy ending..kalau tak nanti TV kena bakor..hahaha
 
Apa yang jadi kat semua orang yang membenci Iffa, nak PS cerita kat sini ke ataupun tunggu kat TV?
 
Nantikan kebangkitan Iffa dalam mempertahankan kebahagian bersama Ehsan!!!!
 
 
PENGAJARAN
  1. Jangan mula tengok cerita bersambung lagi-lagi ada pelakon favourite, nanti terjebak!
  2. Jadilah kawan yang sebenar-benar kawan. Susah dan senang. Walaupun siapapun dia dan dari mana usulnya itu tak penting. Terima seadanya. Hindari dari sifat tak boleh tengok orang lebih, sudahnya kita yang takde kehidupan sendiri.
  3. Janganlah ada watak Ryzal dalam dunia nih. wakeeee up! jangan jadi bodoh sebab cinta yang pura-pura..hikkk. cinta itu bukan memiliki tapi berkongsi rasa suka dan duka, tangis dan tawa.
  4. Jangan mudah menghakimi seseorang dari masa silamnya. Setiap orang ada sejarah lampau dan mungkin masa hadapannya jauh lebih baik.
  5. Perkahwinan itu tiada jaminan walaupun atas dasar cinta-mencintai. Kita yang kena mencorakkanya supaya ianya menjadi indah!
 
Ok. Selamat menonton episode seterusnya. Lega sebab PS dah tahu apa jadi..
 
puanseri
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...