Follow Us @seri.mahani

Jun 25, 2013

Jerebu Yang Mengaburi Mata

Jerebu adalah satu keadaan dimana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk, gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO (Carbon Monoxide), O3, PM10 (particulate matter –smoke,dirt and dust from factories, farming and roads), SOx dan NOx.


Apa kaitan jerebu dengan manusia?
Segala debu, habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
 
Apa yang menyumbang kepada jerebu?
1.       Pembakaran terbuka
2.       Penggunaan bahan bakar yang kotor
3.       Penggunaan minyak yang mengandungi plumbum untuk kenderaan
4.       Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5.       Pelbagai semburan atau aerosol
6.       Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7.       Pembakaran rokok!

Golongan yang berisiko tinggi (menurut bahagian kawalan penyakit (1998)):
1.       Kanak-kanak dan bayi
2.       Orang tua
3.       Golongan berpenyakit seperti
a.       Asma
b.      Bronchitis
c.       Radang paru-paru
d.      Penyakit paru-paru yang kronik
e.      Penyakit jantung
f.        Alahan
4.       Perokok
5.       Mereka yang bekerja di luar

Apakah kesan jerebu kepada kesihatan manusia?
1.       Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
2.       Mata terasa pedih-pedih, berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
3.       Kepala berasa berat dan sakit
4.       Dada ketat dan terasa sesak
5.       Letih yang berlebihan dari biasa
6.       Ketidak stabilan emosi
7.       Gangguan kepada hormone terutama wanita
8.       Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga janin
9.       Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan mendatangkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

Menurut EPA (Unit Pencemaran Udara USA – 1992), partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:
1.       Kematian bayi dalam kandungan
2.       Masalah pernafasan
3.       Asma yang kritikal
4.       Kerosakan paru-paru

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia (sumber JAS 2013)

Apa yang perlu anda lakukan?
1.       Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar.
2.       Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata.
3.       Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan khususnya tekak.
4.       Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran.
5.       Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran.
6.        Ambil makanan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan.
7.        Kurangkan aktiviti luar dan berada di luar rumah/bangunan.
8.        Pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan.
9.        Menggunakan pembersih udara dalam tempat tertutup membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih.
10.      Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemar udara seperti menyembur racun serangga, aerosol dan mengecat.
11.      Kerapkan mengambil wuduk bagi orang yang beragama Islam.

Sumber: Artikel mengenai jerebu tulisan Almarhum Dr. Lo' Lo'.

...........

Sehingga hari ini bacaan IPU di kawasan-kawasan tertentu masih lagi tinggi. Kebanyakkan sekolah masih lagi ditutup. Alhamdulillah harini kedengaran dentuman guruh di langit. Harap hujan rahmat dari Allah dapat membersihkan bumi ini dari segala kekotoran. Sama-samalah kita berdoa dan pohon keampunan, mungkin banyak sangat di antara kita kufur dengan nikmat yang diberikan.

Tak banyak yang dapat PS kongsikan disini. Mungkin ada beberapa tips di atas dapat membantu. Cuma disini PS kongsikan beberapa produk yang dirasakan sesuai bagi menangani masalah jerebu ini dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko penyakit.

...............

BIO VELOCITY SLEEP MATE (BVSM)



BVSM bersaiz queen ini membantu memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda.

Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

Banyak testimonial pengguna mengatakan bahawa penggunaan BVSM semasa tidur membantu mengurangkan dengkuran dengan melapangkan rongga pernafasan.

Mungkin bagi ibubapa yang mempunyai anak yang menghidap asma ataupun lelah boleh mencuba menggunakan pelapik tilam ini bagi mengurangkan kesukaran bernafas semasa tidur.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate
 

Antara keistimewaan BVSM:
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

.....................

BIOZONE CAR STERILIZER


Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.

Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.

BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.
......................

Sebarang pertanyaan boleh hubung PS seperti yang tertera di bawah.

puanseri
0163223094
smi3780@gmail.com