Jun 10, 2013

Asam Pedas Melaka

Lama tak update pasal jalan-jalan cari makan dalam blog nih..hikkk..Bukannya tak pergi makan tapi takde makanan special yang nak dimasukkan dalam blog. PS tak pandai nak bagi review nih sebab taste orang lain-lain kan? Dulu tak suka sangat makan asam pedas nih taktahula kenapa. Tapi arwah bapak suka sangat makan. Bila teringat asam pedas mesti teringat kat arwah.
 
Last week PS ikut husband pergi JB. So on the way balik tuh singgah Melaka for lunch. Bila singgah Melaka, so terus menuju cari kedai makan paling popolar (menurut google) jual asam pedas. Kami terus menuju Restoren Asam Pedas Selera Kampung kat Jalan PM3 dekat dengan Mahkota Parade.
 
 
Kebetulan masa nih hari Jumaat dan cuti sekolah, punyalah ramai orang. Kena tunggu giliran nak duduk. Tapi bila nak pesan makanan rambang gak mata nak pilih makan apa. Untuk dua orang makan takkan nak pesan banyak-banyak kan. Udang, ketam, ikan, ayam kampong, daging salai semua adalah. Tengok sajalah saiz udang galah kat bawah ni, memang boleh menitiskan air liur.hehe
 
 
Disebabkan cuaca yang agak panas dan orang yang ramai, kurang sikit fokus nak menikmati asam pedas haritu.
 
Bila kat KL, eh KL ada signature dish ke??
PS suka makan ikan stim asam pedas itupun kat Homst (restoran Chinese muslim).Kena pergi in group sebab kalau makan berdua macam tak larat nak habiskan. Meriah sikit makan ramai-ramai. Combo pula dengan soft shell crab salted egg, butter prawn memang sangat umpph.
 
For those yang suka makan asam pedas should try this one. As for me, memang kena dengan tekaklah masam dan pedas tuh.
 
 
 
...........................
 
PS pernah masak asam pedas nih sekali jek. Rasa macam tak sedap terus taknak masak dah. Typical me, memang malas nak masak..hikkk..
 
Ok adiosss, tengah carik ilham nak update blog so ni kira warm up nak ambil mood..
 
Selamat menjamu mata!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...