Follow Us @seri.mahani

May 3, 2013

Ubah dan Jangan Takut

This idea coming from my biz moghul HanisHaizi..

 

Inilah gerangannya orang yang saya maksudkan. 4-5 tahun yang lepas dia hanyalah seorang surirumah. Lahir dalam golongan keluarga VVIP dan berada tidak pernah menjadikan ianya alasan untuk keluar dari zon yang selesa. Dia sedar untuk hanya mengharapkan suami memenuhi kehendaknya yang sudah biasa bermewah adalah sesuatu yang mustahil. Dia hanya tekad untuk mencuba apabila datangnya peluang. Tidak memilih mencari peluang yang terbaik malah menjadikan peluang yang ada sebagai titik mula untuk maju ke hadapan.

Setelah hampir 5 tahun berkecimpung dalam bidang ini, Alhamdulillah hasilnya lebih daripada apa yang beliau impikan. Asalnya hanya untuk merubah nasib keluarga sekarang dia mampu merubah nasib orang lain. Percayalah lagi banyak kita memberi Allah akan membalasnya dengan lebih banyak lagi.

Apa yang PS belajar dari wanita muda ini adalah semangatnya yang kental. Tidak pernah mengalah dan memberi alasan. Bayangkan selepas begitu selesa duduk di rumah kemudian bangun, ianya bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tapi beliau mampu buktikan bahawa when we choose to make it then make it happen!!
Apapun juga kejayaan pasti bermula dengan sifat ingin mencuba. Cuba bagi masa kat diri kita berubah, insyAllah lakukannya dengan sepenuh hati. Ianya tidak mengambil masa yang lama. Pengorbanan selama ini akan terbalas. Usaha doa dan tawakal adalah kuncinya. Kerana Allah tidak akan berlaku zalim kepada hambanya yang sentiasa berubah untuk menjadi lebih baik. Yakinlah rezeki itu hanya Allah yang tentukan bukannya makhluk lain.
  
Kita sentiasa laungkan jom UBAH..negara takkan berubah jika kita sendiri tidak berubah. Perkara pertama kita kena ubah adalah attitude kita. 
Jangan mudah menadah tangan meminta-minta.
Jangan mudah mengambil bukan yang kita punya.
Jangan mudah disogok dan menyogok kerana ianya merosakkan bangsa.
Jangan hanya nak hidup senang tapi tak pernah nak usaha.

Tadah tangan hanya padaNya
Tetapi hanya selepas kita berusaha.


JOM UBAH!!
kita sahaja yang mampu lakukan utk diri kita bukan orang lain.


luv lots,
puanseri