May 3, 2013

PRU13 Panas!

Assalam and hi readers!
 
Such a longggggg silent..hikkk. Bersempena dengan Pilihanraya Umum yang 13 ahad ini, kat sini PS just nak share beberapa penting bagi membantu perjalanan pulang dengan selamat dan proses pengundian buat pemilih yang pertama kali mengundi.
 
PLUS telah mengeluarkan jadual perjalanan pulang sepanjang pilihanraya ini bagi perjalanan yang lebih lancar. Jadi bolehlah rancang perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakan.


.....................................

 
Jadi perkara pertama yang perlu anda tahu sebelum mengundi adalah
SEMAK DAFTAR PEMILIH disini
masukkan no kad pengenalan anda tanpa tanda space. Kemudian segala butiran tempat mengundi dan sebagainya akan tertera.Ini bagi mengelakkan anda salah pergi tempat mengundi.
 
 
 
Yang susah nak access internet, boleh semak melalui SMS dengan menaip
Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888
 
 
Semakan melalui telefon
 
Sila dail 03-8885 6565
(jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)




Langkah-Langkah Pengundian

 


Langkah 1
Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.


Langkah 2
Serahkan Mykad/Pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.


Langkah 3
Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.


Langkah 4
Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda pada buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.


Langkah 5
Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon pada kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.


Langkah 6
Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen  mengikut kotak yang disediakan.


Langkah 7
Keluar segera dari tempat mengundi.





----------------

Selamat mengundi semua. Pilihlah siapa saja yang anda rasa boleh menjadi seorang pemimpin.
Undi kan rahsia!

Have a safe journey back home!


luv lots,
puanseri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...