Feb 3, 2013

MyResipi Laksa


Disebabkan harini PS tayang laksa kat dalam Fb dan instagram, so PS nak share resipi rahsia masak laksa kat sini..PS masak laksa sendiri nih since sekolah menengah..sebab suka sangat makan dan banyak complaint orang lain masak, so gigih belajar masak laksa sendiri..resipi nih version PS sendiri tau!

BAHAN-BAHAN KUAH (utk 10 orang makan)
1kg ikan sardin (bukan ikan sardin dlm tin)
2tangkai bunga kantan (lebih pun takpe, kat KL harga bunga kantan mahal)
2ikat daun kesum/cenohom
5-10 keping asam keping
20tangkai cili kering
3biji bawang besar
Garam kasar/garam buluh lagi sedap!

CARA-CARA
  1. Siang ikan sardin tu dulu. If dah siang, basuh dan rebus bersama beberapa keping asam keping.
  2. Setelah masak, biarkan ikan tadi sejuk seketika.
  3. Sambil menunggu ikan tadi sejuk, kisar bawang besar sahaja.
  4. Kemudian baru kisar cili kering. Selalunya PS akan rebus cili kering terlebih dahulu sebelum dikisar.
  5. Masukkan cili dan bawang besar kisar tadi ke dalam periuk yang sederhana besar.
  6. Setelah ikan sardin tadi sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang.
  7. Kisar isi ikan sardin sahaja dulu menggunakan air rebusan ikan. Gunakan air rebusan tadi agak banyak bagi memastikan isi ikan tadi dikisar halus.
  8. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk yang sudah diisi dengan bawang dan cili kisar tadi.
  9. Kemudian kisar tulang-tulang ikan sardin. Pastikan menggunakan air yang agak banyak bagi memastikan tulang dikisar lumat serta memudahkan proses menapis. Selalunya PS akan mengulangi step ini sebanyak 2 kali sahaja. 
  10. Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang telah dibelah 2 atau 4 mengikut size. Batang bunga kantan yang agak lembut juga boleh dimasukkan selepas di ketuk-ketuk.
  11. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih. PS akan biarkan kuah laksa mendidih agak lama dengan menggunakan api kecil bagi mendapatkan kuah yang pekat serta agak masam.

BAHAN-BAHAN LAKSA
1paket laksa kering (PS suka jenama EKA)
1biji timun (guna timun jepun lagi sedap dan rangup)
Salad
Cili padi/cabai merah
Bawang besar
Telur

  1. Laksa kering tadi perlulah direndam di dalam air sejuk seketika sebelum direbus. Gunakan air yang ditapis bagi memastikan laksa tidak berubah warna apabila direndam.
  2. Kemudian rebus laksa sehingga lembut. Selalunya mengambil masa dalam 30-45minit bergantung pada laksa tersebut.
  3. Hiris timun, salad, cili dan bawang besar tidak terlalu halus dan tidak terlalu besar.
  4. Hidangkan laksa bersama telur!

So dah siap..senang je kan..hikhik..selalunya PS akan masak kuah laksa nih sehari awal supaya rasanya lagi umpphhh..let say nak makan hari sabtu, so malam tuh PS dah masak kuah siap-siap!

 
Selamat Mencuba
 
puanseri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...