Dec 27, 2012

Hidup perlu diteruskan

Rindu nak menulis kat 'diari' nih. Lama dah rasanya terbiar sepi. Seumur hidup PS tak pernah ada diari. Nak tulis apa pn tak tahu, takde perkara menarik yang nak dikongsi. Nak tulis fesyen, mmg PS sgtlah outdated. Nak tulis pasal travel, kemana sajalah PS pernah sampai.

Tapi dengan blog nih PS dapat berkongsi kisah suka dan duka pada yang sudi membaca. Kadang, bila dapat meluahkan apa yang terbuku buat PS rasa tenang dan boleh menarik nafas lega. Seolah ada orang lain yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar dan bahu untuk bersandar.

PS nak ucap terima kasih pada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan di saat PS lalui masa-masa sukar ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa korang. PS rasa bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang sentiasa memberi galakan dan semangat.

Walauapapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan..semoga PS terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...