Sep 5, 2012

Raya Part 1 ~ its all about family, food n tradition.

Mood raya dh abis dh pun..tp mgg ni jemputan open house dh berderet2..insyAllah kalau ada kelapangan bolehla menghadirkan diri..dr sehari ke sehari nk story psl raya tahun ni asyiklah tertangguh..harap-harap siaplah entry ni harini.

Tahun ni PS n husband dh sepakat cuti bahagi 2 secara adil dan saksama..so takdela sekejap sana sekejap sini sbb nanti tak puas..so Alhamdulillah everything going well..sebelum raya stay kt rumah father inlaws till 1st raya..then ptg raya balik kampung PS pulak..inilah akibatnya kalau kawin sama negeri tp daerah sebelah menyebelah..

Sebelum raya tuh, kami bawak wan pergi Tesco Manjung beli persiapan raya. Seronok tgk wan rajin melayan 2 hero nih pegi shopping. Siap tolakkan trolley lg. So PS jalan sorang2 tangkapla gambar apa patut..syok jugak tuh..

Wan, sons and dadDy

Husband anak bongsu, so setiap kali raya mmg kami sajalah yg ada kt rumah tu. Cadangnya raya thn ni nak buatla ketupat beras ni kat umah inlaws, punyala rajin mengayam ketupat nih..nak recall balik skill takut dh lupa..maklumlah sethn sekali je pn nak buat..tp yg klakarnye end up tak jadi pn nak rebus....heheheh

ketupat jantung

Sehari sebelum raya tuh, PS je lah bersilat sorang2 kt dapur..selalu kt kg masak ramai-ramai ngan adik beradik yang lain..tapi best jugak tunjuk skill masak sorang2 nih..ekekek..so menu raya thn ni PS reka sendiri..kitorang panggil daging masak hitam..tp ade yg panggil dendeng..PS pn tak tahu apa namanya, tp PS suka masak ni dan masak ni je pn yang PS tahu n konpiden nak masak..wakakakkaak

Atas:bahan2 nak masak, bwg cili, serai, daging, jintan manis n jintan putih
Bawah: semua bahan dh ada dlm kuali..masak sampai kuah kering!!

Malam raya tuh tak buat apa pn..kemas sikit2 sbb rumah wan dah siap kemas oleh inlaws..wan siap bagi lampu gasoline nih kt Elman sebab dia takde benda nak main..ekekek..diusungla lampu ni kesana kemari sampai tido!!sudahnya jadi lampu tido..

Elman dan lampu gasoline wan


Lepas sembahyang raya tuh..kami pun bersiap2..ahaha..ni jelah pn gambar raya kami..tak sempat nak bergambar2 bagai..


Dari pagi kami pergi menziarah semua saudara mara sebelah suami..8 buah rumah jugakla kami pergi dalam masa sehari..tapi yang syok raya ni pakai PB..so makan jek apa suka, perut tak rasa sebu sgt!!then malam balik minum lactolite utk flush out..Alhamdulillah raya thn ni was superb, takde masalah memerut!!hehe

Antara rumah wajib pergi adalah rumah kakak arwah mak suami akak along. Along ni jaga maknya merangkap nenek suami. Memang kena pergi jenguklah kan.
 
Tokbong ~ mom to hubby late mother

Dalam banyak2 makanan, tapai nih je yg agak beza sket sbb kaler hijau..siap tapau bawak balik..hehe..sodap lak tuh!!


Setelah penat beraya seharian, petang tuh terus balik umah PS..dua2 hero pn dh kepenatan beraya berbaju melayu!!

Sorang lagi ok sorang lg dh kepenatan!!kehkeh

Waktu lunch pn dh habis..nnt PS update lg pasal hari raya nih utk hari2 berikutnya!!!

Terima kasih Allah kerana beri PS kesempatan berhari raya bersama keluarga..semoga PS diberi kesempatan untuk meraikan Syawal yang akan datang dengan lebih bermakna..

Walaupun sederhana tapi cukup bemakna buat PS!

puanseri
0163223094
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...