Sep 19, 2012

Makanan Yang Patut Dimakan Waktu Pagi

PS tengah rajin mengoogling pasal toksin dalam makanan. Suddenly read this good article and wanna share with you all. Lapan jenis makanan yang patut dimakan pada waktu pagi untuk membuang toksin dan menurunkan berat badan. Lets read!



1.Tomato
Tomato merupakan sejenis sayur yang paling berkesan menghalang pengoksidaan. Kerana ia mengandungi banyak lycopene. Keupayaan lycopene menghalang pengoksidaan 20 kali ganda daripada vitamin C.
   
2. Anggur
Keupayaan biji anggur menghalang pengoksidaan juga 20 kali ganda dibandingkan dengan vitamin C dan 50 kali ganda berbanding vitamin E.
 

3.Teh Hijau
Teh hijau yang juga bersifat antioksida bukan sahaja mengurangkan banyak lemak dalam badan kita, malah juga berfungsi menyegarkan. Jadi, anda boleh terus menerus minum teh hijau ini untuk menghalang pengoksidaan dan menurunkan berat badan.
 
 
 
4. Ikan Salmon
Ikan Salmon merupakan satu-satunya makanan berupa daging yang dipilih sebagai makanan yang paling berkesan menghalang pengoksidaan oleh majalah "Times". Ikan Salmon yang sedap rasanya ini mempunyai Omega-3, iaitu asid pelbagai tak tepu yang berfungsi menghalang pengoksidaan dengan kuat. Ikan Salmon yang hidup liar jauh lebih kuat baik khasiatnya daripada berbanding dengan ikan yang dipelihara.
   
5. Kekacang
Kekacang, seperti walnut, biji gajus, kacang hazel dan kacang tanah yang mengandungi vitamin E bukan sahaja berfungsi menghalang pengoksidaan, malah membantu menjaga sel-sel kulit badan kita. Namun begitu, kekacang mengandungi banyak lemak, .maka, ia tidak dimakan terlalu banyak setiap kali.
   
6. Kubis Bunga
Kubis bunga bukan sahaja mengandungi banyak vitamin A dan C, malah juga mempunyai semua jenis bahan yang menghalang pengoksidaan. Ia digelar sayur "bintang antikanser".
   
7. Beri Biru
Buah-buahan jenis beri kaya dengan karotena dan vitamin C. Kedua-dua bahan tersebut disahkan sebagai unsur antioksida yang paling baik pakar perubatan. Makanlah strawberi;, beri biru dan kranberi banyak-banyak setiap hari. Selain itu, kalium terdapat dalam buah beri juga boleh mengurangkan kepekatan kolesterol darah dan mengurangkan kemungkinan menghidap tekanan darah tinggi.
   

8. Bawang Putih
Jangan menjauhi bawang putih hanya kerana baunya. Ia bukan sahaja mempunyai fungsi antioksida, malah juga boleh menggalakkan edaran darah, mempercepat fungsi metabolisme dan membantu kita menurunkan berat badan dan membuang bahan toksin dari badan. Unsur sulfid yang menghalang pengoksidaan bukan sahaja mengurangkan kolesterol secara berkesan, malah juga boleh mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit dalam sistem saluran darah jantung. Minum segelas susu selepas makan bawang putih dapat menghilangkan baunya.

 puanseri
0163223094
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...