Follow Us @seri.mahani

Aug 11, 2012

Suami Saya Tak Bagi!

Assalam semua..cepatnya masa berlalu kan..harini je dh masuk 22 Ramadhan. Rasanya mcm baru semalam puasa. PS harini duk rumah je..husband g sekolah so SAHM sajalah hrni. Nak g mall pn tak selera sbb confirm padat dgn manusia yg shopping sblm balik raya next week. Anak-anak dh tido, PS akan try amik gak masa utk update blog or else yg berkaitan dgn my biz.

So entry kali ni nak cakap psl permission. Alhamdulillah PS dapat seorang suami yang tak banyak kerenah. Menghalang pn tidak menyuruh pn tidak. Tapi PS sendiri yang nak buat tanpa paksaan dr siapapn. Cuma PS nak dia tahu apa yang PS korbankan semua ni adalah untuk masa depan kita..wahhh touching gituu! Prinsip PS satu je, tidak bergantung harap belas ihsan dari orang lain. Apa saja yg PS nak, akan cuba dapatkan sampai berjaya. Tak semua benda yang kita nak dapat, tetapi sekurang2 nya PS cuba.

Yupp..rata2 isteri yang nak buat biz nih dihalang oleh suami. Kalau nak tahu TOP leader hanishaizi tu pn suaminya menghalang. Setelah 3thn terperuk jadi housewife, akhirnya dia tekad untuk keluar dr kepompong not so comfort zone utk berubah. Alhamdulillah berkat dr usaha dia yg tak pernah jemu, akhirnya dia berjaya buktikan daripada nobody kpd somebody!u can read her blog..very inspired!tanpa dia kami takkan berdiri teguh disini.

Memetik kata2 ashraf naseruddin suami kpd naakamaruddin dalam fbnya:

"izinkan isteri buat biz, tak kiralah biz apapn. niat dia nak bantu kita, buat apa nak halang. isteri skrg tak pandai  mengeluh jika apa yang kita bagi tak cukup. mereka sanggup carik jalan untuk bantu kita. jadi izinkanlah mereka bantu kita." - AS

Dan ayat yang paling terkesan sekali dihati PS apabila kesedaran seorang suami itu mengajar isterinya berdikari bukan utk dirinya tetapi sebagai persediaan masa depan. Menurut ashraf lagi yang bekerja sebagai Engineer di Exxon Mobil, "saya taknak dia hanya bergantung pada saya. apa2 jd padi pada saya, siapa yang dia nak harapkan?".

Bila bercakap psl persediaan, teringat PS pada arwah abang ipar yang meninggal kemalangan di Pulau Pinang. Tanpa sebarang tanda, pergi begitu saja. So kita yang hidup kena teruskan hidup. Nasib kakak bekerja, cukuplah utk menampung hidupnya yang kebetulan belum mendapat anak. 

Lagi satu kisah yang betul2 buat PS sedar adalah jiran PS sendiri. Husbandnya meninggal seminggu sebelum raya 2thn yg lepas akibat kemalangan. memang PS sangat2 terkejut, sbb akak tuh duk sebelah rumah je. anak pulak kecik2 tiga orang. nasiblah rumah yg mereka duduk atas nama suami, jadi dapatlah diorg tinggal kt rumah tu. dan bermulalah episod akak tuh mencari rezeki bagi menampung 4beranak.

PS tak mintak jadi mcm ni. semoga Tuhan jauhkan kita dr segala malapetaka dan bencana. apa yg PS cuba sampaikan adalah kesedaran. Sebab kita tak tahu ketentuan Allah. Bila2 masa je kita diuji samada kita dh bersedia atau tidak.  


Tak semua orang bernasib baik. Bagi PS itu adalah rezeki masing-masing. kadang2 sesetengah orang boleh hidup senang tanpa perlu berusaha keras. ada sesetengah pula perlu berhempas pulas. dunia ni bukannya tidak adil. itu semua ketentuan Allah. kita tak boleh nak salahkan takdir. mungkin diri kita byk kurangnya dan Allah suruh kita perbaiki. kerana setiap yang berlaku itu ada sebabnya!


Bagi PS satu je cara nak bagi suami/pasangan kita percaya, buat betul2..buat sampai dapat..insyAllah kalau niat kita baik, Allah akan permudahkn. yang penting kena buat bersungguh2!


puanseri
0163223094