Jan 9, 2015

Rahsia Orang Cina Berniaga


Masyarakat Cina begitu sinonim dengan perniagaan dan keusahawanan. Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia masyarakat Cina memonopoli bidang ini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Apabila dikaji, kemahiran kaum Cina bukanlah sesuatu keistimewaan bg sesuatu kaum itu, tetapi sememangnya boleh dipelajari.




Mereka ada pegangan mereka sendiri dalam memajukan bisnes. Pegangan ini sungguh kuat sehingga mereka akan melakukannya sebaik mungkin untuk mendapat hasil yg lebih baik.Berikut merupakan 7 pegangan mereka dalam berniaga:

  1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  2. Jimat, jika tidak akan membazir modal
  3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari.
  4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang.
  5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan.
  6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang.
  7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok.


Ketujuh-tujuh pegangan ini jika dilihat dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.


Masyarakat Cina menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, 

‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’


Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, antaranya ialah :
  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian


Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
  • Sabar
  • Tidak mudah putus asa
  • Pandai merebut peluang
  • Mempunyai perhubungan awam yang baik
  • Berpandangan jauh
  • Berpegang pada janji
  • Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
  • Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
  • Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka


.
Now, let us tune ourself
to become like a Chinese when doing business :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...