Jun 22, 2012

MAKlah idolaku.

Hrni hr Jumaat time lunch. Selalunya Jumaat lunch hour panjang dr biasa, so hrni dedicated myself utk tulis entry nih especially for my late mak. AlFatihah.

Masih terngiang-ngiang kata kak ana, "Jadikan diri kita sebagai idola anak kita. Jangan sampai anak kita jadikan parents org lain jadi idola dia". Betul cakap dia. Zaman dah banyak berubah. Kehendak anak-anak pn tak sama macam dulu. Bolehke anak-anak kita hidup susah mcm kita dl? Bolehke anak-anak tak pakai gadget masa blajar? Tak kesian ke tgk mereka terkebil2 melihat kwn2 lain pergi bercuti, bersuka2 dgn keluarga? Bolehke kita pejamkan mata sedangkan kita tahu anak rasa tak selesa?Marilah kita sama2 fikirkan dan audit diri kita supaya menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

Ya btol, maklah idolaku. Ingat lagi sejak dari kecil kami tak pernah tgk mak goyang kaki kt rumah. Ada je benda dia nak buat nak bantu keluarga. Kami bukanlah dr keluarga yang senang. Mak ngan bapak takat sekolah rendah je itupn xhabis. Ingat lg mak nak belajar menulis nak buat kira2, kamilah yg ajar. Tapi mak berjaya menjual pasu-pasu dan pokok bunga di depan rumah sebab itu minatnya. Tapi sayang, bila mak pergi pasu dan bunga2 tak terjaga. Banyak yang mati.

Dari kecil kami selalu tlg mak amik upah mengoyak daun nipah dijadikan daun rokok. Lepas tu mak amik upah mematik buah kelapa nak dijadikan kelapa kering utk di proses. Pernah jugak kutip buah koko utk dikeringkan. Kutip biji kelapa sawit. Bakar tempurung nak jdkn arang. Cakaplah apa saja kerja kampung, pasti kami pernah melaluinya. Namun hasil kerja keras mak nak tlg keluarga membuahkn hasil. 6 daripada 8org kami berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Walaupun mak tak dpt bersama kami sekarang, kami redha. Sekurang2nya sebelum mak menutup mata, mak dah rasa hasil susah payahnya.

Mak selalu pesan kt kami, setinggi mana pn belajar, setinggi mana pn pangkat kita pegang, kita tetap org kampung. Ingat asal usul kita. Balik kampung, buat cara orang kampung. Dan itulah yang kami pegang sampai sekarang. Kegigihan dan kekuatan mak membantu keluarga benar2 buat kami adik beradik kuat menempuh onak dan liku. Benarlah kata org, mcmana didikannya mcm itulah hasilnya.

Terima kasih mak kerana begitu kuat di mata kami.

Ikhlas jauh dr lubuk hati ini,
anak mak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...