Jun 12, 2012

House that I Called Home..


Inilah sebab utama kenapa saya nak join biz nih. Saya ingin memiliki sebuah rumah khas untuk anak-anak saya membesar dengan persekitaran yang selesa. Setiap hari balik saja dari kerja bila melihat anak semakin membesar, hati ini semakin sayu. Disitulah dia bermain dan disitu jugaklah tempat dia makan dan tidur. Selalu bermonolog dgn diri sendiri, adakah ini yang terbaik mampu diberi untuk mereka? 

Setiap hari masih tak berubah, sudah lebih 3 tahun kami menyewa. Anak semakin bertambah dan membesar. Pernah sekali kami mencuba untuk membeli rumah namun pinjaman permohonan ditolak. Tuhan saja yang tahu betapa luluhnya hati ini. Bukan impikan rumah sebesar mahligai, cukuplah ia boleh memberi keselesaan pada kami. 

Hari demi hari bersilih ganti tanpa ada perubahan. Akhirnya saya buat keputusan untuk keluar dari kepompong. Walau susah macamanapun saya kena berubah demi anak-anak. Saya pekakkan telinga dari kata2 provokasi dan kutukan orang lain. Kerana hanya kami saja yang boleh tentukan nasib kami sendiri dan bukannya org lain. Setakat makan pakai Alhamdulillah cukup. Tapi dengan segala kos hidup yang semakin meningkat apatah harga rumah yang semakin melambung tinggi, saya tekad untuk terus berusaha. Saya taknak jadi orang yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling saya. Sampai bila kita nak mengharapkan belas ihsan orang lain mahupun kerajaan. Usaha keras demi masa depan kita sendiri.

Bila hati ini kata boleh dan percaya saya boleh lakukan saya akan terus berusaha. Biarlah apapun tanggapan orang yang penting hati dan niat kita. Usaha berterusan, doa dan tawakal semoga Allah murahkan rezeki kita. Saya percaya rezeki akan berpihak kepada orang yang sentiasa berusaha.

puanS.
0163223094
smi3780@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...