Jun 25, 2012

Blog perniagaan - hidup atau sudah mati?

Blog perniagaan adakah masih hidup atau mati ditelan media sosial yang lebih popular seperti YouTube, Twitter dan Facebook?
Kalau ditanya saya, jawapannya, blog dan blogging belum mati. Untuk perniagaan, blog masih lagi penting dan mempunyai manfaat yang tidak terdapat dalam media sosial yang lain. Antaranya:
  • Lebih fokus - Blog adalah lebih fokus- pemilik blog perniagaan boleh memberi fokus pada mesej perniagaan apa yang ingin di sampaikan melalui blog. Bukan sahaja dari segi mesej, tetapi juga tema keseluruhan blog adalah bersaskan perniagaan yang dijalankan. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut “like” laman FB pesaing. Inilah “fokus yang hilang” yang dimaksudkan.
  • Enjin pencari - Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Struktur blog dari segi programming adalah kemas- enjin pencari suka pada laman web yang mempunyai struktur yang kemas. Lakukan carian “perniagaan”, “kewangan”, “slogan perniagaan” dan banyak lagi di google… dan anda akan jumpa blog ini di muka pertama. Walaupun artikel telah ditulis bertahun-tahun lamanya!
  • Jenama sendiri - Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina menggunakan nama domain sendiri seperti http://www.irfankhairi.com/. Bukan lagi menjdi satu subdomain seperti www.facebook.com/irfankhairi.fb, atau www.twitter.com/irfankhairi, atau www.youtube.com/irfanTV
Jadi, sama ada anda perlu memulakan blog atau tidak, pastinya jawapan saya adalah YA! Tak kira apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, lebih banyak platform anda gunakan, lebih baik untuk perniagaan anda. Soalannya perlu atau tidak saya miliki blog, jawapannya adalah, perlu, tetapi bukan blog sahaja… malah, BLOG PERNIAGAAN, facebook perniagaan, twitter perniagaan, youtube perniagaan dan banyak lagi!

TIPS PERNIAGAAN INTERNET dr IRFAN KHAIRI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...