May 21, 2012

SAHABAT

Sahabat,
Jika ianya adalah satu anugerah,
Jangan biarkan hati berubah.

Sahabat,
Perjalanan hidup kita mungkin berbeza,
Tapi yg pasti destinasi kita tetap sama.

Sahabat,
Andainya liku terpaksa ku pilih,
Ku harap engkau adalah insan terpilih,
Sentiasa memapah diriku apabila lemah,
Memberi aku semangat supaya terus tabah.

Sahabat,
Perjalanan ini masih jauh,
Onak dan duri pasti ditempuh,
Bukan sanjungan aku perlukan untuk teguh,
Cukuplah sekadar sokongan yang sentiasa utuh.

Sahabat,
Bukan masa pengukur setia,
Juga harta sebagai cagarannya,
Sahabat bukan sahaja pada ketawa,
Juga pada air mata dan kecewa.

Sahabat,
Andai esok aku masih lagi sahabatmu,
Jagalah ia seperti hatimu,
Andai esok engkau memanggil namaku,
Izinkan ia sentiasa disitu...

puanS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...