May 10, 2012

No Short Cut Please!!

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Setiap kejayaan itu pasti diiringi rintangan, cabaran dan pengorbanan. Bersabarlah kerana janji Allah itu benar pada setiap orang yang sentiasa berusaha dan memohon padaNya. Percayalah rezeki hanya dariNya!!


Di sebalik kejayaan seseorang, pasti ade kisah di sebaliknya. Sama-sama kita ambil iktibar, perbaiki kelemahan diri dan sentiasa majukan diri demi keluarga, bangsa dan agama!

Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik adalah sangat dituntut. Selalu memaafkan kesalahan orang lain akan membuatkan hidup kita lebih tenang. Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk terlalu mementingkan diri sendiri. 

Jadilah diri sendiri. Berbuatlah baik sesama manusia dan makhluk Allah yang lain. Sematkan dalam diri untuk tidak mengharapkan balasan apabila melakukan kebaikan. Kerana semua ketentuan itu hanya dariNya, baik dan buruk kita harus redha. Sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya.

"Mulakan hati dengan bersyukur dan niat utk taat kpd Allah dan berkasih sayanglah sesama manusia"- Prof Dr Muhaya

InsyAllah semoga hari-hari yang kita lalui diberkati dan dirahmati olehNya.

puanS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...