May 31, 2012

momMY-CARE

Huaaa today last date hantar blog post Mothercare Contest..So not me la kalau buat awal2..hehe..Pagi2 lagi dah cargas kumpul gambar kat handphone. Lepas tu tangkap gambar beberapa keping lagi untuk mengukuhkan lagi kedudukan..wahhhh ayat bodek nak menang..ekekkee.
Aakif Elman
Alfiy Emran
Me memang tak boleh tengok baju budak-budak..boleh sawan jadinya kalau tak membeli. Apatah lagi time SALE kan?? Kedai baby yang paling best (ayat bodek lagi) mestilah Mothercare. Me boleh habiskan 3-4 jam dalam Mothercare sahaja ok! Kalau time SALE, I prefer to shop di Mothercare BSC. Sebab outlet paling besar dan tak ramai orang (shop time weekdays tu sbb tak ramai org). Pilihan pon banyak, itu yang boleh menghabiskan masa berejam2 kt dalam tuh. Lagipun corak-corak baju kt Mothercare menepati citarasa I nih. Walaupun anak dua2 lelaki, nafsu shoping baju tidak jugak terbatas (lihat sajalah hanger-hanger yang bertaburan kt bawah ni). Sama je walaupun asyik membeli t-shirt, shirt, jeans, short pants and rompers. Tak sabar nak tunggu Emran besar sikit, boleh pakai baju sama ngan Elman.
Bukan setakat baju je nak comel-comel, set tidur pun nak gak yang sedondon. Di Mothercare, design bedding set sangatlah comel. Masa Elman dulu, beli the whole set "Please Look After Me' dan berguna lagi sampai sekarang. Walaupun elok lagi, masa Emran tetap jugak beli yang baru..ekekke.
"Please Look After Me" for Elman
"My 1st Adventure" bedding set for Emran
Bila membeli belah di Mothercare memang tak puas-puas. Lagi-lagi tengok barang yang comel-comel, boleh buat lupa diri. Semuanya ada mcm one stop centre. Kalau masuk je even tak berniat nak membeli pn, end up mesti terbeli jugak beberapa hanger!!

Ni gambar daripada sebahagian koleksi barangan dari Mothercare. Tak termasuk stroller, ELC, toys, nursing bra, feeding range dan banyak lagilah yang semuanya Me borong dari Mothercare. Tak larat nk punggah nak snap..ekekke
 
Apala si Elman ni buat??

Last but not least, Congratulation on your 25 years of parenting. 
Terima kasih kerana mewarnakan hari-hariku bergelar seorang momMy.

puanS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...