Apr 20, 2012

STAY FOCUSED!

Fokus maksudnya satu titik tumpuan dlm menentukan kejelasan sesebuah idea serta lebih menekankan ketepatan berbanding kelajuan. So fokus ni akan membuatkan kita menumpukan seluruh perhatian pada sesuatu serta mengabaikan yang lain.


Macamana nak kekal FOKUS?

1. Tetapkan MATLAMAT
  • Apa matlamat kita??Setiap orang yg hidup pasti ada matlamat dalam hidupnya. Kerana dengan matlamatla kita akan fokus dan berusaha ke arah itu sehingga berjaya mencapainya. Percayalah tanpa matlamat tidak akan wujud cabaran!
  • Matlamat adalah hala tuju seperti kompas yang menunjukkan jalan.
  • Catat setiap matlamat bersama tempohnya. Fokus pada setiap matlamat untuk mencapainya dalam tempoh yang ditetapkan. Jujur pada diri sendiri kerana kejayaan plg bermakna apabila kita dapat mencapai sesuatu matlamat dlm tempoh yg kita tetapkan.
  • Matlamat haruslah jelas dan sempurna dalam tempoh yang munasabah.
  • Aware pd setiap langkah yang diambil supaya menjadi peringatan. Ia akan membuatkan kita kekal bermotivasi.
  • Matlamat yg ditetapkan haruslah diperiksa, dirancang dan dilaksanakan. Matlamat yang dirancang tanpa tindakan adalah SIA-SIA!
2. Rancang untuk BERTINDAK
  • Rangka setiap tindakan utk capai matlamat.
  • TO DO LIST adalah penting.
  • Sepanjang perjalanan ke arah mencapai matlamat, strategi dan langkah yang dirancang sebelumnya mungkin akan berubah. Jadi, tetapkan matlamat dan fleksibel dgn strategi.
  • Jangan putus asa dan mengalah jika ada halangan. Teruskan dan kekal fokus.
3. Tentukan PRIORITY
  • Selesaikan setiap perkara mengikut keutamaan.
  • Memberi fokus pada yang utama menghasilkan produktiviti secara optimum.
4. Hapuskan GANGGUAN luar dan dalam
  • Gangguan boleh menyebabkan kita hilang tumpuan tidak kira samada faktor dalaman atau luaran.
  • Hapuskan semua gangguan kerana ianya akan melambatkan proses dan perjalanan.
5. Kekalkan KESIHATAN badan
  • Badan memerlukan nutrien, masa rehat dan tidur yang mencukupi untuk terus fokus.
  • Ambil masa untuk diri sendiri seperti beriadah atau bercuti bersama keluarga.
6. Ubah MINDA
  • Sukar untuk memberi tumpuan kepada perkara yang tidak disukai. Tapi kita boleh mengawal dan mengubah persepsi dan minda kita.
  • Sentiasa berfikiran positif supaya kita dapat melihat ruang dan kemungkinan untuk memperbaiki dan menyelamatkan situasi.
  • Kita harus fokus pada potensi diri, percaya kepada kebolehan diri dan keputusan yang dibuat, bukannya fokus pada had dan batasan.
7. Bergaul dgn org yg mempunyai MATLAMAT YANG SAMA
  • Kawan, pasangan dan ahli keluarga mungkin tidak mempunyai matlamat yang sama.
  • Bergaul dan cari orang yang mempunyai matlamat yang sama, pasti kita akan cuba bekerjasama, saling mendorong dan akhirnya mencapai matlamat. Team work adalah penting!

Dalam hidup ini, banyak sangat masalah dan halangan yang perlu kita atasi. Kita harus melihat masalah dan halangan tersebut sebagai satu pengalaman. Kadang ia merupakan pengalaman yang paling berguna dan boleh dijadikan iktibar. Untuk berjaya tidaklah semudah yang disangka. Pengorbanan, halangan dan dugaan itu sentiasa mengiringi kejayaan. So STAY FOCUSED pada matlamat walaupun kadang-kadang kita terjatuh, gagal dan kecewa. Jangan putus asa dan mengalah dengan mudah.


source: futuristik bil.89

puanS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...