Follow Us @seri.mahani

Dec 31, 2012

2012

9:30 AM 0 Comments
Today is the last day of 2012..
 
 
Never ever imagine that my 2012 was going with
bitter..hard..gloomy..
 
 
But I accept all the qada n qadar Allah..redha!
 
 
BUT
 
Do I have to give up??
 
a big NO!!
 
 
“I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.” - MM
 
 
 
Hold your head up because you have every right to. Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don’t believe in yourself, it will be hard for others to believe in you. 
You can make your life anything you wish. 
Create your own life and then go out and live it with absolutely no regrets. 
And finally, enjoy looking forward to learning a new lesson each day and enjoying the journey!!!

 
Happy new year 2013..
 
puanseri
 
 
 


Dec 28, 2012

Pergi tak kembali..

10:00 AM 2 Comments
Harini genap sebulan pemergian bapak..cepat je masa berlalu..
 
Rasa macam tak percaya..terngiang2 lagi tengking herdik bapak..bapak sangat garang..kalau salah masak pn boleh kena marah..apalagi kalau bab2 pelajaran..tapi itu dulu...
Sekarang dah takde sapa nak tegur, nak bising kalau masak lewat..hmmmm

18hari di Hospital Putrajaya akibat serangan strok, bapak menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 1.55am 28 Nov 2012. Jenazah kemudiannya terus di bawa pulang ke kampung untuk disemadikan di sebelah pusara mak.



Terima kasih pada semua yang datang menziarah, ucapan dan doa.
 
Terima kasih Allah kerana beri kami kesempatan untuk menjaga bapak di saat-saat akhir.
 
Terima kasih kepada adik beradik yang sama-sama menjaga bapak..kakak ipar dan juga abang ipar yang turut menjaga bapak seperti keluarga sendiri..takde sebarang rungutan dan keluh kesah bila sama-sama susah bergilir menjaga bapak..Alhamdulillah PS dikurniakan satu keluarga yang cukup memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.
 
To my dearest husband, thanks so much..
 
 
 
..........hanya doa dapat ku kukirimkan semoga tenang dan damai kau di sana...... 
 
 
AlFatihah
 
puanseri
 

Dec 27, 2012

Back to biz!

4:30 PM 0 Comments
It was a longgg silence...
but biz run as usual..demand is still there..
 
Internet marketing with no time limit..no boundaries..
messages, queries and orders still coming in..
 
and my HOT entries still on the GOOGLE 1st page..yayayeii!
 
 
 
 
 
Hurry..2012 will ended soon..
 
Grab now..
while CASH rebate still last!
 
Do contact me for FREE fitting/trial or consultation..
 
puanseri
0163223094
 
 


Hidup perlu diteruskan

9:30 AM 0 Comments
Rindu nak menulis kat 'diari' nih. Lama dah rasanya terbiar sepi. Seumur hidup PS tak pernah ada diari. Nak tulis apa pn tak tahu, takde perkara menarik yang nak dikongsi. Nak tulis fesyen, mmg PS sgtlah outdated. Nak tulis pasal travel, kemana sajalah PS pernah sampai.

Tapi dengan blog nih PS dapat berkongsi kisah suka dan duka pada yang sudi membaca. Kadang, bila dapat meluahkan apa yang terbuku buat PS rasa tenang dan boleh menarik nafas lega. Seolah ada orang lain yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar dan bahu untuk bersandar.

PS nak ucap terima kasih pada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan di saat PS lalui masa-masa sukar ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa korang. PS rasa bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang sentiasa memberi galakan dan semangat.

Walauapapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan..semoga PS terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang!

Oct 4, 2012

My Special Emran

5:38 AM 2 Comments
Today dah hari ketiga duduk kt wad..by the time PS tulis entry nih,emran sedang enak dibuai mimpi..nyenyak dia tido mlm ni..mungkin kesan ubat tido yg diorg bg masa nk mri pg td..tpaksa kejut nak breasfeed sebelum kul 4am..sbb dia kena puasa after that!





Bila dilihat emran seperti baby lain..Alhamdulillah tuhan bg dia kesihatan yg optimum..tak pernah demam walaupun sekali..jarang sekali meragam..

Namun sakit yang tidak nampak ini lebih menyakitkan..

Kisah sedih bermula apabila makngah (my eldest sister) call tny psl emran..dahla masa tuh time kerja..rasa nak luruh jantung bila ada org lain notice psl apa yang PS fikirkan selama ini..sebagai mak,am always deny perkara2 yg terlintas di difikiran walaupun jauh di sudut hati asyik bertanya2..

Namun,PS kuatkan hati utk further check up psl development emran..dlm tgh risau memikirkan emran,elman pulak demam tiba2..lama pulak tuh!mungkin dia tahu ade yg tak kena kt emran..los makngah call suruh bawak emran rujuk pakar,PS terus call DEMC sbb nak buat appointment dgn paed emran since lahir hrtu..

Dan bermulalah kisah baru dalam hidup PS sekeluarga..after check up dgn dr fadilah,dia terus refer kami kpd dr sufiah ali,paed neurologist sdmc..ya Allah apa yang tak kena nih dlm hati ni dah berperang dgn mcm2 andaian..

The date (28 sept) tuh pg2 dh kluar rumah sbb nak dpt early turn jumpa dr sufiah..pnyla ramai patient dia..n lama btol tunggu..dari pukul 9pg and giliran kami dekat pukul 2.30ptg..

Dr sufiah ckp patient dia bukan demam or selesema..so setiap patient plg sekejap pn take half an hour..

After physically check up,soal itu ini...phewwww then dr ckp emran ........n masa tu PS takleh dgr even single word dari dia..everything seems blurr..air mata ni dh begenang cuba bertahan tp tak mampu..dan ianya gugur jugak tanpa henti..

Kebetulan dr sufiah ade emergency call from operation room,so agak kelam kabut sket after that utk dia explain details..so PS take this time utk tenangkan diri n cakap dgn nurse yang kami nak jumpa dr sufiah semula after operation done.

Kami sanggup tunggu dlm sejam lebih utk dapatkn clear picture what really happen kt emran..so this time PS dah boleh kawal emosi..dr sufiah bg penerangan lebih jelas lagi..n the words masih berlegar2 di fikiran!

HYPOTONIA..yup thats the word..hypotonia or low muscle tone syndrome..

Grieving n indescribable feeling..

Marah sedih tertekan semua ada..n PS keep blaming myself for not properly taking care of him during my pregnancy!!





Emran sayang,mami akan sentiasa dgn emran ok..promise!

- Posted using BlogPress from puanseri iPhone

Oct 2, 2012

Am choosen mother!

11:26 AM 4 Comments
Tak tahu nak mulakan dari mana..nak bercerita dari mana..tak bermaksud memberi tanda tanya pada semua..dan ianya agak susah diberi penjelasan..
Emran tak sakit dan dia tak perlukan ubat..dia hanya perlukan sokongan..thats it!
Terima kasih semua yang memberi sokongan,tak terbalas rasanya..
Ianya berlaku terlalu pantas..sekelip mata..dan semuanya berubah..bersedia atau tidak itulah kenyataannya..ketentuan Tuhan tidak siapa menduga..aku redha atas segala kehendakNya!
Bagaimana nak cerita bila anak sekecil ini tidak mahu menelan walaupun sesudu kecil nestum..
Hanya bermain dgn jari dan bukannya dgn mainan yang berserakan..
Tidak boleh menghabiskan walaupun 2oz ebm..
Nafasnya yang sentiasa berbunyi..hingus yg tidak pernah kering sehingga menyelaputi mata..
Badan dan tengkuk yg masih lembik wpon usianya menjangkau 8bln..





Ya Allah tak daya rasanya nak teruskan..doakan keajaiban utk si kecil Emran!



- Posted using BlogPress from puanS iPhone

Sep 20, 2012

BIOzone Food Purifier ~ Purify and Detox

9:00 AM 0 Comments
Pernah tak kita terfikir banyak mana toksin dan kotoran dalam badan kita jika tidak dibuang dari kecil. Toksin dalam badan manusia boleh dibuang melalui proses pencernaan. Jika proses pencernaan tidak berjalan lancar, badan mudah dihinggap penyakit, kulit menjadi kusam dan berjerawat, allergy, sembelit, sakit kepala, imsonia, letih, resdung dan sebagainya.


Faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Jenis sesuatu penyakit it ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan. Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita antaranya pecemaran makanan akibat daripada penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, serangga dan baja kimia.


Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, atau bahan tambahan.

90% punca penyakit adalah disebabkan oleh TOKSIN

Dalam sistem fisiologi tubuh, apabila kita sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Walaupun kita sekarang lebih berhati-hati memilih makanan, namun penggunaan racun serangga dan antibiotik dalam industri pertanian dan makanan tidak dapat dielakkan. Tidak banyak yang mampu kita lakukan untuk menyingkirkan bahan kimia tersebut sebelum dimakan.

Mencuci makanan sebersih-bersihnya dgn menggunakan air garam adalah salah salah satu langkah yang biasa digunakan bagi menyingkirkan bahan tercemar, namun kaedah ini masih belum menjamin makanan tersebut bersih dan selamat.

Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan meminimakan kesan-kesan berbahaya melalui proses purifying dan detoxifying sebelum dimasak. Jadi bagaimana kita nak mengurangkan bahan-bahan berbahaya ini,
 

 
 
ta daa memperkenalkan... 
 
 
 

BIOzone Food Purifier


Kenapa pilih BIOzone Food Purifier?
  • selamat digunakan
  • berkesan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar
  • memelihara nutrien makanan
  • mesra alam
  • menjana ozon secara konsisten


Bagaimana BIOzone Food Purifier bekerja?
  • BIOzone Food Purifier uses a proprietary process integrating ozone-resistant materials to convert oxygen (O2) into ozone (O3). 

  • The ozone that eliminates contaminants will be converted back into oxygen. The medical grade silicone tube will then channel the ozone into the water where the food is immersed. 

  • Bubbling process will take place to purify the food within the pre-determined time frame. 

*demo penggunaan BIOzone food purifier oleh hanishaizi



1. Seekor ayam dipotong beberapa pieces dibersihkan dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air

2. Selepas beberapa minit, buih2 mula memenuhi ruang atas bekas tersebut

3. Buih2 tersebut seperti lemak yang terkumpul dan mula berbau busuk



4. Selepas 30minit, buih2 tersebut telah memenuhi ruang atas bekas tersebut..betapa banyaknya toksin dalam seekor ayam..hmmmm

5. Kemudian buih2 tadi diangkat dan ianya sgt melekit




Untuk gambaran jelas, boleh tengok full demo kat bawah ni!

 


Jadi, mari kita fikirkan semula..
Adakah makanan yang kita makan benar-benar SELAMAT??

Do contact me
to get further info and introduction price!!

...while cash rebates still last!!

puanseri
0163223094


Sep 19, 2012

Makanan Yang Patut Dimakan Waktu Pagi

1:00 PM 0 Comments
PS tengah rajin mengoogling pasal toksin dalam makanan. Suddenly read this good article and wanna share with you all. Lapan jenis makanan yang patut dimakan pada waktu pagi untuk membuang toksin dan menurunkan berat badan. Lets read!



1.Tomato
Tomato merupakan sejenis sayur yang paling berkesan menghalang pengoksidaan. Kerana ia mengandungi banyak lycopene. Keupayaan lycopene menghalang pengoksidaan 20 kali ganda daripada vitamin C.
   
2. Anggur
Keupayaan biji anggur menghalang pengoksidaan juga 20 kali ganda dibandingkan dengan vitamin C dan 50 kali ganda berbanding vitamin E.
 

3.Teh Hijau
Teh hijau yang juga bersifat antioksida bukan sahaja mengurangkan banyak lemak dalam badan kita, malah juga berfungsi menyegarkan. Jadi, anda boleh terus menerus minum teh hijau ini untuk menghalang pengoksidaan dan menurunkan berat badan.
 
 
 
4. Ikan Salmon
Ikan Salmon merupakan satu-satunya makanan berupa daging yang dipilih sebagai makanan yang paling berkesan menghalang pengoksidaan oleh majalah "Times". Ikan Salmon yang sedap rasanya ini mempunyai Omega-3, iaitu asid pelbagai tak tepu yang berfungsi menghalang pengoksidaan dengan kuat. Ikan Salmon yang hidup liar jauh lebih kuat baik khasiatnya daripada berbanding dengan ikan yang dipelihara.
   
5. Kekacang
Kekacang, seperti walnut, biji gajus, kacang hazel dan kacang tanah yang mengandungi vitamin E bukan sahaja berfungsi menghalang pengoksidaan, malah membantu menjaga sel-sel kulit badan kita. Namun begitu, kekacang mengandungi banyak lemak, .maka, ia tidak dimakan terlalu banyak setiap kali.
   
6. Kubis Bunga
Kubis bunga bukan sahaja mengandungi banyak vitamin A dan C, malah juga mempunyai semua jenis bahan yang menghalang pengoksidaan. Ia digelar sayur "bintang antikanser".
   
7. Beri Biru
Buah-buahan jenis beri kaya dengan karotena dan vitamin C. Kedua-dua bahan tersebut disahkan sebagai unsur antioksida yang paling baik pakar perubatan. Makanlah strawberi;, beri biru dan kranberi banyak-banyak setiap hari. Selain itu, kalium terdapat dalam buah beri juga boleh mengurangkan kepekatan kolesterol darah dan mengurangkan kemungkinan menghidap tekanan darah tinggi.
   

8. Bawang Putih
Jangan menjauhi bawang putih hanya kerana baunya. Ia bukan sahaja mempunyai fungsi antioksida, malah juga boleh menggalakkan edaran darah, mempercepat fungsi metabolisme dan membantu kita menurunkan berat badan dan membuang bahan toksin dari badan. Unsur sulfid yang menghalang pengoksidaan bukan sahaja mengurangkan kolesterol secara berkesan, malah juga boleh mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit dalam sistem saluran darah jantung. Minum segelas susu selepas makan bawang putih dapat menghilangkan baunya.

 puanseri
0163223094

Sep 13, 2012

Legoland Malaysia ~ Premier Attraction

2:00 PM 0 Comments
Mesti ramai dah teruja nak pergi kan??Lagi-lagi minggu nih cuti 3hari sempena hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad. Legoland park nih will officially open on this Saturday 15 Sept 12. So kena sangatlah tarikh tu kan. Boleh bawak anak jalan-jalan.
Welcome to Legoland Malaysia. The 1st Legoland Park in Asia...proud of it!!

Legoland Malaysia facts in NUMBERS!
76acres
Over 40 rides, shows and attractions
3 restaurants, 4 food stands and 11 food carts
1,000 employees when fully operational
Asia's largest lego shop selling 2,000 different products
Parking spaces for more than 3,000 cars
15,000 Lego models throughout the park

The park is divided into various areas such as Miniland, Lego City, Lego Technic, Lego Kingdom, Imagination and Land of Adventure as you can see on the above map.

Miniland nih kira the heart of every legoland park.

"See the world in an amazing new way in MINILAND, the centrepiece of every LEGOLAND® Park.  It took three years and more than 30 million LEGO® bricks to recreate some of Asia’s best known landmarks in detailed miniature.Stroll through famous scenes from 17 Asian countries, including the Petronas Twin Towers, the Merlion Statue and the Taj Mahal.The whole of MINILAND is animated, and guests – big and small – can bring the models to life at the touch of a button."


Designed for LEGO® fans of all ages, IMAGINATION is where creativity knows no bounds. Inventors big and small can bring their imaginings to life, while young children will marvel at the life size DUPLO® Express.

Antara aktiviti-aktiviti di Imagination..
  • Build & Test -
    LEGO® inventors will love finding out if theircreations could really work.
  • DUPLO® Express -
    Young engine drivers will love a gentle journey on the DUPLO® Express.Ride not suited for infants.
  • DUPLO® Playtown -
    A child size city for the youngest to explore.
  • Kids Power Tower -
    Prove your strength to gain a beautiful view over the park.
  • LEGO® studios -
    Get right inside the action with a fascinating 4D movie adventure.Ride not suited for infants.
  • Observation Tower -
    Head 50 metres up for a fantastic view over the whole of LEGOLAND® Malaysia. Ride not suited for infants.
Ride not suited for infants. tidak sesuai untuk infants!



In LEGO® TECHNIC everything is action-packed.  Discover the high speed rides for the brave and the exciting LEGO® workshops for the young.

  • Aquazone Waze Racers - A thrilling wave surf where those watching trigger the water bombs.
  • LEGO® mindstorms - A creative workshop where budding robot builders can bring the future to life.
  • Project X - Racy, crazy and 18 metres high:  Project X is a wild ride on a steep switchback track.
  • Technic Twister -
    Spin the wheel to control how crazy your ride will be.
  • LEGO® model - All the help you need to build educational LEGO® model for all ages. 

Transport yourself to the age of myth and legend in LEGO® KINGDOMS. Cross the drawbridge into the royal castle, but get ready for the Dragon to give you a wild ride.



Journey into the forgotten worlds of Pharoahs and dinosaurs. But watch out! You never know what lies ahead…




LEGO® CITY is where the children take the controls.


Shops, foods and drinks also available inside the land!No worries, just bring your money..LOL


HOW TO GET HERE?

Exit at 312  to Nusajaya, along Malaysia - Singapore 2nd Link Highway

Senai International Airport (30 minutes by car on the 2nd Link Highway)
Changi International Airport (50 minutes by car via Tuas)



ENTRANCE FEE

TicketReg. priceOnline (Public Opening Day Tickets)
1-Day Ticket Adult (12-59)RM 140RM 140 (Includes Keychain and T-Shirt)
1-Day Ticket Child (3-11)RM 110RM 110 (Includes Keychain and T-Shirt)
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110RM 110 (Includes Keychain and T-Shirt)

Boleh layari laman web www.legoland.com.my for further details..ada day tickets and annual pass..if beli annual pass tru online boleh save up to RM30/SGD13.00..

Excited kan bila tengok..kalau bawak anak-anak lagilah seronok sakan..
hope this entry will help others to find out theme park utk bercuti!!

Lets plan for year end holidayy!!

puanseri
0163223094 

Sep 12, 2012

Red + Black Theme ~ SM/SSM Award

5:00 PM 0 Comments
It was happen last Saturday..congratulation to all achievers..PS was not there during this ceremony award sebab masa PS join,company dah closed for SM&SSM achiever..InsyAllah by next year, PS will be ready on the stage like others..

Happening betul tengok gambar2 diorang post dlm facebook dan blog..credit to cikcida for all the piccas..ye lah kan, PS ni mmg takde majlis2 macam ni. Company pun kecik je, annual dinner memang tak pernah pon. So kalau dengan company nih, every achievement ada award ceremony starting from SM & SSM award.

Masa ni lah nak melaram sakan kan. Wahh teringinnya nak pakai dress labuh-labuh..designer dress..berangannnn...So everybody enjoy all the piccas ye during this award ceremony! 

Jie n Syida in action!

Semua datang gaya ala mak datin tu..glammm..merahhh gitu!!

Suka pic nih!! Syida n Naa..

Sukala dress yang Naa pakai nih..suits her well!!

Great Trio Leader..L to F: Syida, Hanis n Naa.

My trio leaders..young, dedicated, commited n glamour of course!

Hanis such an inspiring leader, very friendly in person!

Part of Beautiful Circles under NaaKamaruddin's group!

Another group photos.

Haha..kalau bergambar memang sakan..tak kiralah kat mana kan??semua sporting habisss..Tengok jelah gambar couple kt bawah ni..daringgg gitu!

My cute leader aka cikcida with supportive hubby.

Jie n Zul...awwww!

MarlindaRamlee n Cikcida..


Lets experience BEAUTIFUL journey with US!

YOUNG.FUN.GLAM.

puanseri
0163223094

Sep 10, 2012

Kau Sentiasa Bersamaku!

1:00 PM 0 Comments
Wahhh tajuk entry memang jiwang habiss..hehe..monday blues okeh, have to find something that can fill up my day!!

Sebenarnya husband tak bagi share kt facebook, so PS share juga kt sini. So korang jangan bagitahu dia PS tulis kat sini tau. Husband pemalu orangnya, dia tak suka kecoh-kecoh ni..sangat kontra dgn PS kan??

Actually PS nak cerita pasal perfume..dan PS baru perasan semua perfume PS husband yang belikan.Wahh tak sangka dalam diam-diam ada taman rupanya dalam hati..so far perfume yang dia belikan memang PS suka bangat..bila pakai tuh rasa dia sentiasa disisi..wahhh gitu!!


First perfume Dior nih PS dapat masa nak tunang dulu. Baunya agak kuat, jadi PS akan guna waktu pagi je sebab kalau spray selalu boleh jadik migrain. Tapi macam dah lupa-lupa baunya macamana sebab PS pakai sampai licin.


Second perfume nih dapat masa kahwin. Husband saja belikan sebab dia suka bau nih. PS pun suka sangat bau nih. Rasa macam muda remaja bila pakai. Sebab bau dia fresh with floral essence.


Latest one, surprise!!Husband belikan signorina SF. Dia tahu PS dah lama takde perfume n yang last dkny yang atas tuh. Memang senyum sampai telinga lah. Ye lah balik-balik rumah masuk bilik, ada paper bag kaler merah. Memang lompat bintanglah.

Thank you husband!!Thank you for everything not only for this perfume..

Luv,
puanseri

Sep 7, 2012

Raya Part 2 ~ Raya Lagi!!

2:30 PM 0 Comments
Oklah sambung balik pasal raya hari berikutnya..Bersambung kisah raya dengan family PS pulak.

Sebahagian dari anak2 sedara daripada 22 orang..ramai btol!!

Raya kali ni, kami sepakat pergi menziarah embah (mak arwah mak dlm bahasa java..hehe) kt Sungai Besar. Kakak arwah mak yang jaga sebab embah dah uzur. Eh xde gambar embah rupanya. Gambar ni pun ihsan dr kamera anak buah. Dah macam naik satu bas, punyala ramai. Itupn ade yang tak join,kalau tak mau macam satu kapal terbang...kuang kuang kuang..

Menu special adalah nasi impit goreng..mabeles!!!

Lepas je makan, budak2 ni sibuk pergi keluar. Siap ade yang bawak mercun. Jadi gegak gempita la kejap. Itu tak termasuk acara mencari sayur2 an utk dibawa pulang. Pucuk geti, ulam raja, daun kunyit, serai semualah diorg rembat..

Kat bawah ni semua gambar2 diorang sakan beraya kt rumah makcik..layan kan je ye!!

Elman, kakak sarah, malek dan kakak ekin.


Abg Bali, kakchik qaisarah,kakngah ijan, malek dan aufiah.

Gambar diorg lagi berlatar belakangkan cikwah dan abg faris yg sebok carik sayur!

Kakak hajar n the gang.

Pakcik n anak buah sama je beso melepak tahap gaban dkt umah org...

Last pit stop beraya haritu makan kt pekan Sungai Besar. Lapar gila, lagipun jalam agak jem juge. Eksiden pun banyak.

Raya tahun ni, bagi PS adalah sangat2 bermakna. Mengunjungi sanak saudara dan keluarga. Pergi rumah adik beradik beramai2. It was awesome!! PS percaya bahawa jika keluarga kita utamakan, insyAllah tuhan akan murahkan rezeki kita. And it was true bcoz right after raya, banyak berita gembira yang PS dapat. Syukurr sgt.

So sampai kt sini je lah kisah raya PS utk tahun ni. Semoga raya tahun hadapan kita akan berjumpa lagi dan lebih baik dari raya tahun ini. InsyAllah.

puanseri
0163223094