Dec 28, 2011

Hutang oh hutang!!!

Rasa2nya dlm dunia ni ade tak org yg tak berhutang ye??Boleh dikatakan setiap org dlm dunia ni berhutang. Hutang ni sebenarnya ade byk jenis, yg basic of course la rumah, keta, ptptn (heheh), kad kredit, personal loan..etc..etc..
 
Sebenarnya hutang ni terbahagi kpd 2 jenis:
1. Hutang BAIK
2. Hutang TAK BERAPA BAIK

Hutang BAIK ni yg membolehkn beban kewangan dijelaskn. Contohnya mcm pendidikan anak2, sambung belajar ke, attend extra course, tambah aset dan juga memulakan bisnes. Sbb semua hutang ni akan memberi faedah dlm jangka masa panjang.

Hutang TAK BAIK pula sesuatu yang tidak mendtgkan apa2 faedah langsung. Cthnya mcm berhutang sbb nk bercuti, nk bergaya sakan dan apa2 yg berjangka hayat pendek la.

TANDA2 SESEORG ITU MENGALAMI MASALAH HUTANG
  •  byr minima kad kredit
  •  jumlah hutang tak kurang2
  •  keluar wang tunai dr kad kredit
  •  takde simpanan
  •  berbelanja dgn kad kredit sampai cecah/over limit
  •  kad kredit lg byk dr kad debit
  •  bil2 lapuk yg sangkut
  •  semua gaji bayar hutang
  •  gagal dpt bank loan
  •  mengalami gangguan dan tekanan hidup!!

TABIAT BERBELANJA YG MENJURUS KPD HUTANG!!
  1. Berbelanja > pendapatan
  2. Guna kad kredit masa membeli sdgkn ada cash
  3. Buat hutang baru sbb nk settle hutang lama
  4. Belanja dulu, simpan kemudian

KENAPA SUSAH SGT NAK SETTLEKAN HUTANG???
  1. Tak betul2 faham mcmana boleh terjadinya hutang
  2. Takde matlamat
  3. Membuat hutang baru bila selesai hutang lama
  4. Tidak tahu strategi penghapusan hutang yang betul
  5. Gagal mendisiplinkan diri

BAGAIMANA NAK SETTLE HUTANG DGN LEBIH BERKESAN!!
  1. Meminjam secara berhemat
  2. Guna kad kredit dgn bijak - jgn ikut nafsu!!
  3. Bayar bil secara automatik - auto deduct
  4. Buat BAJET
  5. Start SAVINGS!!
  6. Berbelanja ikut kemampuan
  7. Guna CASH masa beli barang

 Source: FUTURISTIK Buletin Bil.86

puanS. 
"jgn lupe byr hutang ye..sbb hutang bawak sampai ke alam SANA!! "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...