Follow Us @seri.mahani

Sep 6, 2011

Epidural...perluke???

Dah lama nak tulis entry pasal epidural neh, tp hrni baru terajin nak type. Maklumlah mood raya still on, buat kerja pn tak berapa rajin. Teringat one of FB fren tny pasal epidural nih, tp 90% said NO. Kebetulan magazine Nur September 2011 ada keluar artikel pasal ni, so tanpa berlengah nak tahu juga betulke epidural ni merbahaya.

Kalau ikut experience, masa lahirkan my first son mmg amik epidural. Alhamdulillah sampai sekarang takde masalah2 sakit blkg ke hapa. Sgt bersyukur membuat keputusan utk memilih epidural sbb dpt membantu melahirkan elman secara normal dgn berat 3.75kg.

Tapi setiap kelahiran itu, kita tidak tahu bagaimana nasib kita. Kelahiran secara normal adalah sangat diharapkan oleh setiap ibu. Tetapi ada juga yang memilih untuk menjalani pembedahan atas alasan-alasan tertentu. Takde satu kelahiran di dunia ini dpt kita tentukan, semuanya dgn izin dan kuasa Allah.

Pelbagai cara dan teknik boleh digunakan bagi memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan kesakitan. Tetapi itu semua bergantung kepada tahap kesihatan dan juga permintaan si ibu.

Epidural Anesthesia?
- satu proses pembiusan bagi mengurangkan kesakitan semasa bersalin paling berkesan dan selamat untuk ibu dan bayi.
- terbukti selamat dan telah digunakan di Barat sejak 30 tahun yang lalu.

Siapa yang beri Epidural?
- Pakar bius (Anesthesiologist)

Bilakah Epidural mula berkesan dan berapa lamakah kesannya?
- kesannya akan bermula dalam 10minit dan kesan maksimum dalam 30minit
- kesan pengurangan sakit berterusan sehingga kelahiran bayi tanpa perlu mencucuk semula jarum epidural di blkg badan
- ubat boleh ditambah selagi diperlukan di sepanjang proses bersalin (selalunya pakar bius sudah dapat mengagak berapa lama tempoh epidural itu perlu digunakan)

Adakah Epidural melambatkan proses bersalin?
- setiap individu bertindak secara berbeza-beza kepada ubat epidural
- mostly akan gembira kerana epidural akan memberi mereka lebih tenang dan selesa
- boleh membantu mempercepatkan proses bersalin

Apakah kesan sampingan dari pembiusan Epidural semasa bersalin?
- komplikasi jarang berlaku, if happen biasanya tidak membimbangkan dan dapat diatasi
- antara komplikasi yang boleh berlaku termasuklah:
  1. penurunan tekanan darah
  2. badan menggigil
  3. sakit kepala dan sakit belakang

Bolehkah ibu meneran bila diperlukan?
- epidural analgesia memberi peluang kepada ibu berehat semasa proses bersalin yang agak lama iaitu ketika pembukaan pintu rahim berlaku
- epidural analgesia akan mengurangkan kesakitan dan membenarkan ibu meneran bila perlu sahaja
- nurse akan mempastikan ibu menerab apabila berlaku kontraksi
- tiada masalah sekiranya rasa meneran itu tidak ada

Adakah kaedah lain untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin?
1. suntikan pethedine - perlu diberi 4-6jam sekali
    - kesan penahanan sakit biasanya kurang berbanding epidural, lgpn ia boleh memasuki darah bayi dan 
       menyebabkan kesan sedatif terhadap bayi
2. menyedut gas Entonox (Oksigen + nitrous oxide)
    - ibu kena menyedut gas ini sebelum sakit datang. Pengurangan sakit yang tidak begitu kuat (50%). Ramai
      yang tidak menggunakannya dgn betul so kurang berkesan.

NUR September 2011