Jun 28, 2011

Tahukah Anda???Usus kita lg tua dr usia kita!!

Untuk pengetahuan anda, usus adalah organ manusia yang mempunyai banyak penyakit. Mengikut ramalan, kanser usus besar akan jd pembunuh utama especially women melebihi breast cancer yg jatuh no.2 sebyk 30%.

BAGAIMANA NAK JAGA SALURAN USUS DR PENUAAN

Bukan setakat muka je kita nak jaga dr penuaan, usus juga kena diberi lebih tumpuan yer. Sepatutnya usus yg sihat adalah seusia dgn usia fisiologinya. Tp menurut kajian, thn2 kebelakangan ni, org muda dlm lingkungan usia atr 10 - 20 thn menunjukkan trend yg signifikan bg penuaan dlm saluran usus terutama golongan gadis.Sekiranya dilihat berdasarkn usia usus, tidak keterlaluan utk katakan mereka berada dlm lingkungan umur 60 thn.

Faktor2 utama yg menyumbang kpd penuaan usus ini adalah amalan pemakanan yang tidak seimbang dan sihat dr pengurangan berat bdn yg tidak saintifik, diet dan sebagainya. Selain itu, aktiviti sosial yg kerap serta pengaruh tekanan kerja/hidup juga menumbang kpd penuaan usus.
Menurut pakar pemakanan, saranan pengambilan serat makanan harian bg setiap individu ialah 20-25mg. Ini kerana serat makanan dapat menyekat aktiviti bakteria berbahaya dalam usus dan menjadi "alat pembersih" dlm saluran usus.

BAGAIMANAKAH UTK MENCEGAH PENUAAN SALURAN USUS??

a)  Meningkatkan bakteria berguna dalam badan
    - Bifidobacterium merupakn bakteria berguna dlm badan manusia yg berfungsi telah mendapat pengiktirafan antarbangsaa sbb:
  1. dapat membersihkan sisa2 dlm usus
  2. menyekat dan menentang pencerobohan bakteria dlm badan organisma
  3. menggalakkan penyerapan nutrisi
  4. menyingkirkan faktor-faktor penuaan
  5. melindungi saluran usus dgn berkesan
    - So mcmana nak tingkatkn bakteria berguna dlm bdn??One of it adalah yogurt.Yogurt adalah minuman bakteria asid laktik. Namun yogurt mengalami penguraian oleh asid perut dan hempedu, so mmg tak sampai la ke usus besar. Cara yg paling berkesan ialah meningkatkan kuantiti bakteria berguna serta membekalkan makanan yg mencukupi scr beterusan kpd bakteria.

b) Melakukan senaman yang bersesuaian/digemari
- buat aktiviti sukan yg disukai dan lakukan secara konsisten. Selalu lakukan push up utk kuatkn otot perut, menggalakkan pergerakan peristalsis usus, mempercepatkn pembuangan najis, mengekalkan keseimbangan flora usus dan mencegah penuaan usus.

c) Mengambil 5 jenis buah2an dan sayur-sayuran setiap hari
- buah dan sayuran kaya dgn selulosa dan merupakan "alat pembersih" dlm badan manusia. Ia juga dapat membantu menyingkirkn toksin dlm badan dan mengurangkan masa toksin berada dalam badan.

d) Mengawal makanan yang diambil
- makanan yg sedap di makan biasanya bukan feveret usus. Makanan yg berkolesterol tinggi, berprotein tinggi serta mempunyai rasa yang berat dan kandungan serat yg rendah akan menyebabkn usus berminyak dan najis yang berlebihan akan berkumpul di dlm usus yg berlipat2. Bukan shj boleh mempengaruhi nafas dan kulit, malah meningkatkan risiko menghadapi kanser kolorektum.

- serat larut air adalah feveret usus dan lemak adalah elemen yg paling sukar utk disingkirkan dr usus. Start dgn diet yg seimbang jika ingin mengurangkn berat badan dan memiliki usus yg sihat.

- kurangkn ambil makanan dan steamboat yg berminyak, roti putih serta pastri yg sedap. Banyakkan memakan jagung,ubi keledek dan bijirin yg dpt menggalakkan pergerakan peristalsis usus dan melambatkn proses penuaan usus.

e) Detoksifikasi

- penuaan bdn manusia bermula dari usus sbb ia akan mengurangkn bakteria berguna dlm usus dan meningktkn bil bakteria berbahaya. So, kita kena bersihkan usus dgn kerap bg meningkirkn toksin2 dan bakteria berbahaya dr usus.

- air suam menggalakn proses metabolisme, mengurangkn masa najis berada dlm usus, mengurangkn penyerapan toksin pd dinding usus serta melarutkn toksin yg larut air.

- minum segelas air suam setiap pg sebelum makan dpt membantu proses detoksifikasi.


puanS


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...