Follow Us @seri.mahani

Jun 8, 2011

1001 Cerita Kawen

Uiks lama rasanya tak buat entry kt blog nih.Sedar2 je dah bulan Jun..Cepat btol masa berlalu. Last month sibuk dgn my hero yg asyik demam + tumbuh gigi + sakit telinga. Lepas tuh sibuk attend wedding sana sini.

So entry kali ni nak cerita psl kenduri kawen la. Biasanya start je cuti sekolah, byklah bunga manggar terpacak di tepi2 jln. Kalau balik kampung ikut jln Kuala Selangor, confirm dkt 10 kenduri spjg jln sblm sampai kg.


Punyala byk kt simpang neh, tak tahu yang mana satu kan??ade yg senget le, yg kembang, keguguran le..isk mcm2 lah. Tp bayangkanlah member2 yg dtg dr jauh2 tu n tak familiar dgn jalan nk g kenduri neh, mesti tak tahu kenduri yg mana satu nk attend neh..hahahha..tiba2 teringat my fren salah pergi kenduri. Siap dah makan2 la. Nasibla rumah kenduri yg dia singgah tu member jugak , kalau tak giler malu..
**sorry diyana, citer salah kenduri ko aku ingat sampai bila2!!!

Itu baru cerita bunga manggar. Belom lagi bab kereta yg parking tepi2 jln dgn sukarela2 yg terpaksa berpanas sbb nak jaga lalulintas. Kalau rumah tu dkt ngan mainroad, oklah jugak nak parking tepi jln. Kalau kenduri kt kawasan perumahan, terpaksa la parking kt tepi2 rumah org. Tp sian my fren, kereta kena pecah sbb attend wedding member kt gombak. **rose, if u read my blog <--this is ur story!!
Kalau kenduri kt kg2 lak, terpaksa la parking kt lereng2 bukit, semak samun, tepi parit.Yang paling ngeri pernah tgk kereta habis calar balar sbb jalan sempit n of kos senang je bergesel.Huh!!Tp paling best kenduri kt dewan la kot or hotel2. tak payah susah2 carik parking..huhu..tp yg tak bestnye dh rasa tak bermasyarakat le pulak. Takde rewang2!

Yang bestnya pergi kenduri neh, selain mkn sedap2 ialah tgk adat dan gaya hidup masyarakat lain. Menu mkn pn satu hal, mesti ade je specialty kt satu2 kawasan tuh. Tp sekarang mostly dh ramai hire catering je. So kdg2 lauk lebih kurang sama. Isk dh tak best kan??Mesti 4-5 thn akan dtg dh takde lg org buat rewang2 nih or gotong royong. Terselamat la pengantin basuh kawah yg besar2 n hitam legam tuh.


Ntah gambo sape aku amik ni.Pinjam ye!

Seronok sebenarnya kenduri kawin neh. Boleh jumpa kawan2 lama, saudara mara, kekasih lama..hahhahaha. Kalau bukan time kenduri ntah bila nak berkumpul sembang gelak2 lama2. Macam-macam la cerita keluar. Kalau nk diikutkan cerita psl kenduri ni mmg pajang berjela2. Satu hari pn tak habis nak cerita. So kat sini share yg mana2 patut je la yg dirasakan best ye.

Sebenarnya nak cerita masa cuti sekolah baru2 ni, kitorg balik kg my hubby sbb cousin dia kawin. dari KL terus singgah hantar pengantin kt Manjoi, Ipoh. Yang hebatnya kitorg takde alamat, main bedal je pergi ikut GPS. Dah sampai manjoi, punyala byk simpang sana sini. Dah kami pening. Tp yg paling amat kelakar, my SIL bg landmark signboard IPOH kt atas bukit tuh!!muhaahhahaha. Dia ckp dr tempat kenduri tuh nampak signboard IPOH ni. Signboard ni dkt hiway pn kami nampak. At last, kami pun upah satu budak tu hantar kami ke rumah kenduri. So masalah settle. Itula akibatnya taknak dgr cakap GPS. Dah bg direction betul tp lg mau pertikaikan..


Actually my hubby ni berdarah banjar, tp kenduri sama je mcm kenduri2 lain tp loghat diorg yg tak berapa nak paham. Dah rasa mcm kt negara lain lak. Tp yg paling teruja bila saudara mara sepupu sepapat duk sembang psl FACEBOOK!!wahhhh hebat btol makcik2 ni ade fb siap ckp nak tag2 gambar segala. maju!maju!

Last week kitorg attend wedding kt Benta, Pahang. Mcm2 hal rupanya kisah nak nikah ni rupanya. Duit mas kahwin digubah jd bunga pn jd masalah sbb tok kadi ckp camner nk kira betul ke tak??mcm2 kan. Sian pengantin kena explain. Alhamdulillah semuanya dh selamat, so happy newly wed for both of u!!welcome to the big M club..


Dulu tak berapa nak confident nk letak gambar sendiri dlm blog. So skrg dh berani la jugak sket2 ye dsbbkn dh nampak pinggang ececece..inilah gambar terbaru puanS tau..thanks PB, u really made my day!!

Nak tahu apa2 psl PB, just call puanS at  0163223094 ataupun emailto smi3780@gmail.com

puanS