Follow Us @seri.mahani

Jun 28, 2011

Mari Uji Sihat tak Usus kita!!

1:39 PM 2 Comments
Seperti entry saya yang lepas ada cerita mengenai penuaan usus. Jadi, kt bawah ini ada beberapa soalan untuk pastikan samada usus kita sihat ataupun tak!!
ADAKAH ANDA????
  1. Suka makan daging tetapi tidak suka makan sayur-sayuran?
  2. Sering kentut?
  3. Mempunyai tekanan hidup yang keterlaluan?
  4. Kerap mengalami masalah perut yang berbunyi?
  5. Cirit-birit lebih daripada 3x seminggu?
  6. Sembelit lebih daripada 3x seminggu?
  7. Mengalami sakit perut yang tidak diketahui sebab-sebabnya?
  8. Mengalami masalah najis berdarah dan warna najis yang terlalu gelap?
  9. Mengalami masalah penurunan atau penambahan berat badan secara drastik?
  10. Kerap mengalami masalah perut kembung?
Jika jawapan anda "YA" bagi mana2 dua (2) perkara diatas :
---> amalan pemakanan anda adalah tidak sihat!!
---> usus anda mula memberontak/membantah!!

Jika jawapan anda "YA' bg mana2 lima (5) perkara diatas :
---> anda dinasihatkan utk beri perhatian kpd penjagaan kesihatan usus kerana masalah2 usus telah memberi signal waspada!!

puanS

Tahukah Anda???Usus kita lg tua dr usia kita!!

12:57 PM 0 Comments
Untuk pengetahuan anda, usus adalah organ manusia yang mempunyai banyak penyakit. Mengikut ramalan, kanser usus besar akan jd pembunuh utama especially women melebihi breast cancer yg jatuh no.2 sebyk 30%.

BAGAIMANA NAK JAGA SALURAN USUS DR PENUAAN

Bukan setakat muka je kita nak jaga dr penuaan, usus juga kena diberi lebih tumpuan yer. Sepatutnya usus yg sihat adalah seusia dgn usia fisiologinya. Tp menurut kajian, thn2 kebelakangan ni, org muda dlm lingkungan usia atr 10 - 20 thn menunjukkan trend yg signifikan bg penuaan dlm saluran usus terutama golongan gadis.Sekiranya dilihat berdasarkn usia usus, tidak keterlaluan utk katakan mereka berada dlm lingkungan umur 60 thn.

Faktor2 utama yg menyumbang kpd penuaan usus ini adalah amalan pemakanan yang tidak seimbang dan sihat dr pengurangan berat bdn yg tidak saintifik, diet dan sebagainya. Selain itu, aktiviti sosial yg kerap serta pengaruh tekanan kerja/hidup juga menumbang kpd penuaan usus.
Menurut pakar pemakanan, saranan pengambilan serat makanan harian bg setiap individu ialah 20-25mg. Ini kerana serat makanan dapat menyekat aktiviti bakteria berbahaya dalam usus dan menjadi "alat pembersih" dlm saluran usus.

BAGAIMANAKAH UTK MENCEGAH PENUAAN SALURAN USUS??

a)  Meningkatkan bakteria berguna dalam badan
    - Bifidobacterium merupakn bakteria berguna dlm badan manusia yg berfungsi telah mendapat pengiktirafan antarbangsaa sbb:
  1. dapat membersihkan sisa2 dlm usus
  2. menyekat dan menentang pencerobohan bakteria dlm badan organisma
  3. menggalakkan penyerapan nutrisi
  4. menyingkirkan faktor-faktor penuaan
  5. melindungi saluran usus dgn berkesan
    - So mcmana nak tingkatkn bakteria berguna dlm bdn??One of it adalah yogurt.Yogurt adalah minuman bakteria asid laktik. Namun yogurt mengalami penguraian oleh asid perut dan hempedu, so mmg tak sampai la ke usus besar. Cara yg paling berkesan ialah meningkatkan kuantiti bakteria berguna serta membekalkan makanan yg mencukupi scr beterusan kpd bakteria.

b) Melakukan senaman yang bersesuaian/digemari
- buat aktiviti sukan yg disukai dan lakukan secara konsisten. Selalu lakukan push up utk kuatkn otot perut, menggalakkan pergerakan peristalsis usus, mempercepatkn pembuangan najis, mengekalkan keseimbangan flora usus dan mencegah penuaan usus.

c) Mengambil 5 jenis buah2an dan sayur-sayuran setiap hari
- buah dan sayuran kaya dgn selulosa dan merupakan "alat pembersih" dlm badan manusia. Ia juga dapat membantu menyingkirkn toksin dlm badan dan mengurangkan masa toksin berada dalam badan.

d) Mengawal makanan yang diambil
- makanan yg sedap di makan biasanya bukan feveret usus. Makanan yg berkolesterol tinggi, berprotein tinggi serta mempunyai rasa yang berat dan kandungan serat yg rendah akan menyebabkn usus berminyak dan najis yang berlebihan akan berkumpul di dlm usus yg berlipat2. Bukan shj boleh mempengaruhi nafas dan kulit, malah meningkatkan risiko menghadapi kanser kolorektum.

- serat larut air adalah feveret usus dan lemak adalah elemen yg paling sukar utk disingkirkan dr usus. Start dgn diet yg seimbang jika ingin mengurangkn berat badan dan memiliki usus yg sihat.

- kurangkn ambil makanan dan steamboat yg berminyak, roti putih serta pastri yg sedap. Banyakkan memakan jagung,ubi keledek dan bijirin yg dpt menggalakkan pergerakan peristalsis usus dan melambatkn proses penuaan usus.

e) Detoksifikasi

- penuaan bdn manusia bermula dari usus sbb ia akan mengurangkn bakteria berguna dlm usus dan meningktkn bil bakteria berbahaya. So, kita kena bersihkan usus dgn kerap bg meningkirkn toksin2 dan bakteria berbahaya dr usus.

- air suam menggalakn proses metabolisme, mengurangkn masa najis berada dlm usus, mengurangkn penyerapan toksin pd dinding usus serta melarutkn toksin yg larut air.

- minum segelas air suam setiap pg sebelum makan dpt membantu proses detoksifikasi.


puanS



Jun 8, 2011

1001 Cerita Kawen

2:20 PM 2 Comments
Uiks lama rasanya tak buat entry kt blog nih.Sedar2 je dah bulan Jun..Cepat btol masa berlalu. Last month sibuk dgn my hero yg asyik demam + tumbuh gigi + sakit telinga. Lepas tuh sibuk attend wedding sana sini.

So entry kali ni nak cerita psl kenduri kawen la. Biasanya start je cuti sekolah, byklah bunga manggar terpacak di tepi2 jln. Kalau balik kampung ikut jln Kuala Selangor, confirm dkt 10 kenduri spjg jln sblm sampai kg.


Punyala byk kt simpang neh, tak tahu yang mana satu kan??ade yg senget le, yg kembang, keguguran le..isk mcm2 lah. Tp bayangkanlah member2 yg dtg dr jauh2 tu n tak familiar dgn jalan nk g kenduri neh, mesti tak tahu kenduri yg mana satu nk attend neh..hahahha..tiba2 teringat my fren salah pergi kenduri. Siap dah makan2 la. Nasibla rumah kenduri yg dia singgah tu member jugak , kalau tak giler malu..
**sorry diyana, citer salah kenduri ko aku ingat sampai bila2!!!

Itu baru cerita bunga manggar. Belom lagi bab kereta yg parking tepi2 jln dgn sukarela2 yg terpaksa berpanas sbb nak jaga lalulintas. Kalau rumah tu dkt ngan mainroad, oklah jugak nak parking tepi jln. Kalau kenduri kt kawasan perumahan, terpaksa la parking kt tepi2 rumah org. Tp sian my fren, kereta kena pecah sbb attend wedding member kt gombak. **rose, if u read my blog <--this is ur story!!
Kalau kenduri kt kg2 lak, terpaksa la parking kt lereng2 bukit, semak samun, tepi parit.Yang paling ngeri pernah tgk kereta habis calar balar sbb jalan sempit n of kos senang je bergesel.Huh!!Tp paling best kenduri kt dewan la kot or hotel2. tak payah susah2 carik parking..huhu..tp yg tak bestnye dh rasa tak bermasyarakat le pulak. Takde rewang2!

Yang bestnya pergi kenduri neh, selain mkn sedap2 ialah tgk adat dan gaya hidup masyarakat lain. Menu mkn pn satu hal, mesti ade je specialty kt satu2 kawasan tuh. Tp sekarang mostly dh ramai hire catering je. So kdg2 lauk lebih kurang sama. Isk dh tak best kan??Mesti 4-5 thn akan dtg dh takde lg org buat rewang2 nih or gotong royong. Terselamat la pengantin basuh kawah yg besar2 n hitam legam tuh.


Ntah gambo sape aku amik ni.Pinjam ye!

Seronok sebenarnya kenduri kawin neh. Boleh jumpa kawan2 lama, saudara mara, kekasih lama..hahhahaha. Kalau bukan time kenduri ntah bila nak berkumpul sembang gelak2 lama2. Macam-macam la cerita keluar. Kalau nk diikutkan cerita psl kenduri ni mmg pajang berjela2. Satu hari pn tak habis nak cerita. So kat sini share yg mana2 patut je la yg dirasakan best ye.

Sebenarnya nak cerita masa cuti sekolah baru2 ni, kitorg balik kg my hubby sbb cousin dia kawin. dari KL terus singgah hantar pengantin kt Manjoi, Ipoh. Yang hebatnya kitorg takde alamat, main bedal je pergi ikut GPS. Dah sampai manjoi, punyala byk simpang sana sini. Dah kami pening. Tp yg paling amat kelakar, my SIL bg landmark signboard IPOH kt atas bukit tuh!!muhaahhahaha. Dia ckp dr tempat kenduri tuh nampak signboard IPOH ni. Signboard ni dkt hiway pn kami nampak. At last, kami pun upah satu budak tu hantar kami ke rumah kenduri. So masalah settle. Itula akibatnya taknak dgr cakap GPS. Dah bg direction betul tp lg mau pertikaikan..


Actually my hubby ni berdarah banjar, tp kenduri sama je mcm kenduri2 lain tp loghat diorg yg tak berapa nak paham. Dah rasa mcm kt negara lain lak. Tp yg paling teruja bila saudara mara sepupu sepapat duk sembang psl FACEBOOK!!wahhhh hebat btol makcik2 ni ade fb siap ckp nak tag2 gambar segala. maju!maju!

Last week kitorg attend wedding kt Benta, Pahang. Mcm2 hal rupanya kisah nak nikah ni rupanya. Duit mas kahwin digubah jd bunga pn jd masalah sbb tok kadi ckp camner nk kira betul ke tak??mcm2 kan. Sian pengantin kena explain. Alhamdulillah semuanya dh selamat, so happy newly wed for both of u!!welcome to the big M club..


Dulu tak berapa nak confident nk letak gambar sendiri dlm blog. So skrg dh berani la jugak sket2 ye dsbbkn dh nampak pinggang ececece..inilah gambar terbaru puanS tau..thanks PB, u really made my day!!

Nak tahu apa2 psl PB, just call puanS at  0163223094 ataupun emailto smi3780@gmail.com

puanS