Follow Us @seri.mahani

May 6, 2011

Tribute for Mak!!Alfatihah.

Ahad ni hari ibu. Semua org post gambar mak masing2 kt fb. Dlm hati mmg nk buat tp tgn ni tak daya nk teruskn. Tak sanggup nk tatap wajah mak setiap kali bukak fb. Rasa takut tak terkawal emosi.

Mak, sempena hari ibu ni saya nak ucapkan selamat hari ibu kt emak. Semoga mak tenang kt sana. Kami tak pernah lupakan mak. Setiap kali rindu dtg, kami sedekahkn Yassin utk mak. Itu je yg boleh ubat rindu kami kt mak.

Sejak mak pergi, rasa mcm hidup ni kosong je. Nak balik kg pn dh tak seseronok dl. Ingat lg kali terakhir buat surprise birthday party utk mak. Mak suke sgt siap ckp lagi tak pernah seumur hidup sambut hari jadi n potong kek. Nasib kami sempat buatkn utk mak!!

Tapi kami redha mak pergi dr mak menangung derita. Melihat mak terbaring kesakitan lg melukakan hati kami. Kami tak pernah kesal menjaga emak bergilir2. Itu je yg mampu kami buat utk ringankan penderitaan mak. Belum puas rasanya menjaga mak.

Mak, Kak Ani dh dpt anak angkat. Alhamdulillah dh lama dia tgg. Gembira sgt tgk dia n Edy. So kiranya dh tambah 3org la cucu laki. Tunggu ewah je mak. InsyAllah kalau ade rezeki dia. Saya akan tolong dia selagi boleh. Macam yg mak pesan, suh jaga ewah n adik baik2. Lgpn kan kami ade abang, dia tak pernah abaikan kami. Kalau ade award the BEST abang in the world, kami nk bg kt dia. Dia dh tak garang mcm dulu dh.

Selamat hari ibu ye mak.Alfatihah.