Apr 28, 2011

Decisions of life - between ME n YOU!!

Kehidupan yg kita lalui hrni adalah tindakan yang kita pilih pada masa lampau. Perjuangan hidup tak bernoktah sehinggalah ke nafas yang terakhir. Samada betul atau salah pilihan yang kita buat, kita perlu hadapi dan terima kerana setiap atas sesuatu itu tentu ada buruk baiknya. Samada kita takut atau berani, pilihan itu kita yang tentukan. Setiap detik dr bukaknya mata sehinggalah terpejamnya mata, tak terkira berapa keputusan yg kita telah buat tanpa kita sedar.
         
And now, what happen to my life is choosen by me. Hidup serba kekurangan pada zaman kanak2 membuatkan aku bulat and tekad supaya ianya tidak diwarisi oleh anak2ku. Bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang besar dan mempunyai kedua ibu bapa yg sangat garang dan tegas. Tapi emak pergi di saat kami amat memerlukannya. Bukan senang membiarkan emak pergi tp aku redha dr melihatnya menderita.
         
Mula bergaul dgn kwn2 dr keluarga yang senang sejak di sekolah menengah lg membuatkn aku rasa kerdil dan naif. Namun aku kuatkn semangat spy aku boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama mereka. Dan jurang itu aku rapatkn dgn keputusan peperiksaan aku. Betullah utk mengubah kehidupan kita perlu berani dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu. Yakin bahawa Allah itu sentiasa bersama org2 yg sabar dan sentiasa berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik.
         
Dan sehingga ke hari ini aku tak pernah berhenti menjadikn kehidupan aku lebih baik dr sebelumnya. Aku takkan mengalah dan membiarkan masa menelan usia. Sesungguhnya impian aku masih jauh dan hanya aku shj yang mampu menggapai apa yang aku impikan dan bknnya org lain. Kerana semuanya terletak di tgn aku. Kehidupan ini tak semudah dan seindah yang kita impikan. There's up and down. Keputusan yang kita buat penuh dengan kebarangkalian dan ketidakpastian. Buangkan jauh2 segala ketakutan itu. Berusaha dan terus berusaha dan sentiasa tawakkal kpd Allah s.w.t. Minta petunjuk drNya. Insya'Allah semoga apa yang kita usahakan dipermudahkan.


puanS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...